Jika Tidak Diberi Peluang Beraksi, Jangan Takut Berpindah Ke Pasukan Lain

J. Partiban

Menjadi pemain muda di dalam skuad utama bukanlah mudah, cabaran yang paling ketara dihadapi mereka adalah perlu bersaing hebat dengan bintang senior untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama.

Namun begitu tidak semua berjaya untuk menembusnya. Ada yang terpaksa berpuas hati memanaskan bangku simpanan dan kurang diturunkan oleh jurulatih.

Situasi tersebut jelas sekali tidak baik bagi pembangunan pemain muda, dan kerana itulah mereka perlu berhijrah untuk mendapatkan peluang yang lebih baik.

Begitulah nasihat yang diberikan oleh pemain KL City, J. Partiban kepada pemain muda di negara ini demi mencapai kejayaan dalam kariernya.

Menurut Partiban, beliau perlu berkorban masanya di Perak satu ketika dahulu dengan berpindah ke Sarawak demi mendapatkan minit bermain.

“Nasihat saya kepada pemain muda yang ada isu kurang minit permainan, jangan takut untu keluar untuk dapatkan cabaran baharu.”

“Tunjukkan bakat di tempat baharu dan selepas itu peluang lebih baik akan hadir. Malah, bekas pasukan juga akan turut mahu mendapatkan anda kembali jika sudah ada pengalaman beraksi,” kata Partiban menerusi laman rasmi Malaysian Football League.

Dalam perjalanan karier Partiban, beliau meninggalkan Perak untuk menyertai Sarawak pada 2015 sebelum berjaya memperoleh perpindahan ke Terengganu pada 2017.

Selepas itu beliau kembali semula ke Perak dan kini berhijrah ke Kuala Lumpur bagi beraksi dengan KL City.

Jalan yang diambil oleh Partiban mungkin sedikit panjang, namun jelas sekali ianya membawa hasil buat kariernya dan kini beliau menjadi pemain yang disegani dalam kancah liga tempatan.

Jemput baca artikel kami yang lain:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

[VIDEO]: Tonton Nasihat Emas Mokhtar Dahari Mengenai Tanggungjawab Bermain Untuk Malaysia

Antoine Griezmann Tunjuk Sokongannya Kepada LGBT

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN