“Jika Tiada Tempat, Tiada Sebab Untuk Kekal” – Jordan Mintah Nekad Beraksi Di Liga Super

Jordan Mintah Terengganu Liga Super 2021 KL City

Penyerang Terengganu FC II, Jordan Mintah seolah-olah memberikan petanda akan angkat kaki jika beliau gagal untuk menempatkan diri dalam skuad Liga Super Terengganu musim depan, menurut laporan Berita Harian.

Ia satu keputusan sukar yang perlu dibuatnya, sama ada kekal di Kuala Terengganu atau menerima tawaran lain yang sudah mula menjengah ke tingkap ‘rumahnya’ – tiga pasukan Liga Super dan beberapa pasukan luar.

Mana-mana pemain pun, jika ditanya, tentunya mahu beraksi di saingan tertinggi liga. Begitu juga Jordan Mintah yang terbukti seorang penyerang yang memiliki penyudah terbaik di Liga Malaysia pada ketika ini.

Memetik katanya di Berita Harian semalam, “Musim depan saya belum pasti beraksi dengan pasukan mana. Lagi pun saya tidak mahu memikirkan lagi perkara itu kerana kontrak saya bersama TFC II masih ada lagi.”

“Sayapun memasang impian untuk beraksi dalam liga divisyen satu di sini musim depan, tapi jika saya tidak mendapat tempat dalam liga itu, tiada sebab untuk saya kekal beraksi di Terengganu,” jelasnya mengenainya.

Beliau telah beraksi dalam enam perlawanan dan meledak empat gol ketika Terengganu kehilangan David da Silva yang mengalami kecederaan pada awal musim lalu. Sebaik sahaja David da Silva pulih, Jordan Mintah kembali ke pangkuan TFC II untuk meneruskan khidmatnya di sana dengan menjadi peledak sejati.

Adakah prestasi beliau langsung tidak menggamit perhatian pengendali Terengganu, Nafuzi Zain? Tak cukup bagus untuk Liga Super? Buktinya, empat gol, dua assist dalam enam penampilan pertamanya di Liga Super.

Begitupun, dalam aksi Piala Malaysia di mana peluang diberikan kepadanya berbanding David da Silva, beliau masih gagal mencipta jaringan. Adakah ia disebabkan masalah kecederaan yang mengganggu prestasinya?

“Saya akui ramai peminat mahukan saya kekal beraksi di Terengganu. Saya pun sudah gembira tinggal di sini dengan suasana dan penyokongnya, seolah-seolah rumah kedua saya. Apa-apapun terpulang kepada budi bicara pihak pengurusan untuk menentukannya,” tegas penyerang berusia 26 tahun itu lanjut tentangnya.

Ujarnya, “Ia seperti anda menyukai seseorang, jika anda sukakannya, anda akan beri yang terbaik untuknya.”

Menurut penganalisis bebas Liga Malaysia, Zuraimi Zukri, Jordan Mintah memiliki ‘baka’ Ifedayo Olusegun dalam dirinya yang jelas tidak dimanfaatkan Terengganu sepanjang dua musim beliau bersama mereka.

Aksi Jordan Mintah lebih kepada membantu skuad TFC II di Liga Premier dan memberikan bantuan jika diperlukan untuk bersama Terengganu di Liga Super. Adakah itu standard ‘pakar statistik jaringan’ ini?

Ujar Zuraimi di laman Facebooknya tentang Jordan Mintah, “Terengganu telah membawa masuk seorang penjaring gol sejati ke dalam Liga Malaysia, namun masih belum diperagakan di pentas tertinggi domestik.”

“Si pakar statistik jaringan. [Jordan] Mintah bukan lakukan semusim tetapi 5 musim tanpa henti. Satu tempoh yang bukan senang dilakukan oleh ramai penyerang,” tambahnya lagi mengenai statistik pemain itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN