Jika Terus Buat Keputusan Sendiri, Kepimpinan Perak FC Usah Tagih Sokongan Penyokong

Kerjasama Semuanya BOLA

Perak FC PAFA

Kritikan dan kecaman penyokong terhadap logo baharu Perak FC nampaknya langsung tidak memberi kesan kepada kepimpinan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang membuat keputusan untuk tidak menukar logo tersebut dalam masa terdekat.

Logo berlatarkan warna hitam dan kuning yang memaparkan imej seekor seladang putih dengan tulisan Perak FC itu menggantikan logo lama selain mengetengahkan konsep, ‘A new chapter begins, but the history remains.’

Pengekalan logo tersebut disahkan sendiri oleh Naib Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad menerusi temubualnya bersama Bernama yang mengatakan keputusan tersebut telah dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi Perak FC.

“Kita akui penyokong ada hak untuk mengeluarkan apa jua pandangan, kritikan dan cadangan tentang logo itu. Kita terima dengan hati yang terbuka,” ujar Yadzan.

“Cuma apa yang saya boleh maklumkan keputusan untuk menggunakan logo itu kekal setakat ini. Ini bukan kehendak saya tetapi ia telah dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi yang menerajui persatuan sebelum ini.”

Kritikan ‘berbakul-bakul’ oleh penyokong Perak di dalam media sosial itu adalah berfokus kepada imej seladang yang dikatakan ‘dirembat’ dari internet.

Mereka mula membandingkan dengan pendekatan beberapa pasukan yang menjalankan pertandingan penciptaan logo yang dilaksanakan oleh beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) lain seperti Kedah, Pahang dan Kelantan.

Hubungan kelab bersama penyokong merupakan perkara yang amat penting dalam bola sepak.

Bagaimanapun Yadzan mengatakan pihaknya akan cuba untuk membincangkan isu logo berkenaan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Perak.

“Kita akan pertimbangkan perkara ini cuma saya minta penyokong bersabar,” katanya lagi.

Perak boleh dianggap pasukan yang agak lambat dalam hal pengurusan pasukan. Sedangkan penyokong mereka masih tertanya-tanya mengenai isu pemilihan penaja jersi, gaji tertunggak, pengumuman pemain dan banyak lagi.

Kredit Foto: Perak TBG

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan liga tempatan:

5 Sebab Semua Pasukan Perlu Jaga-Jaga Dengan KL United

Kisah Kelantan Malukan JDT Yang Menjadi Titik Tolak Kebangkitan Sebuah Empayar

Bakal Umum 3 Pemain Baharu, 5 Sebab Nama ‘Apek’ Dikaitkan Akan Ke JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply