Jika Mahu Penang Menang, Endrick Perlu Elak Pertembungan Dengan Gary

endrick dos santos penang fc 1

Kapten Penang FC, Endrick dos Santos perlu mengelak pertembungan dengan pemain tengah bertahan, Gary Steven Robbat, jika mahu mendapat sesuatu pada malam ini.

Dalam analisis ringkas kekalahan Penang FC kepada Selangor, dapat disimpulkan yang pergerakan playmaker itu telah dikawal dan dibatasi oleh pemain muda, Shivan Pillay yang telah diletak di posisi tengah bertahan berbanding posisi asalnya, bek tengah.

Peranannya adalah untuk mengunci pergerakan Endrick yang akan berada di serata kawasan defensive third lawan. Shivan Pillay akan memantau pergerakannya jika beliau tidak memiliki bola dan akan cuba menghalangnya apabila bola sampai kepadanya.

Shivan Pillay Endrick Selangor Penang
Bagaimana Shivan Pillay mengawal Endrick ketika pertembungan Selangor v Penang

Apa Perubahan Selangor Di Babak Kedua Yang Penang Tiada Jawapan Balas

Mungkin itu peranan yang diberikan oleh pengendali Selangor, Karsten Neitzel khas buatnya. Semua tahu betapa bahaya jika dibiarkan Endrick untuk bermaharajalela.

Ketika membenam Perak FC dengan keputusan 5-3, Endrick telah bebas bergerak dan pemain yang turut memiliki sepakan berbahaya ketika situasi bola mati itu juga telah berhasil membuat dua assist kepada Rafael Vitor dan penyerang sensasi, Casagrande.

Semuanya BOLA pernah bertanyakan kepada pengendali Penang FC, Tomas Trucha mengenai peranan Endrick bersamanya selepas membenam cabaran Sri Pahang.

“Dia [Endrick] adalah pemain yang tahu di mana dia sepatutnya berada. Dia juga tahu bagaimana untuk bertahan dan menyerang. Hari ini dia adalah antara pemain terbaik.

“Dia cipta peluang dan dia juga meledak gol. Ini seharusnya kapten bermain,” ujarnya.

Penganalisis tempatan, Axello pernah berkata yang ketika Penang FC menang besar 4-1 ke atas Terengganu FC, Nafuzi Zain telah buntu untuk mengawal pergerakan Endrick.

Endrick akan berada di belakang penyerang dan diberi peranan ‘floating’ di mana beliau bebas untuk bergerak di dalam padang. Inilah yang membolehkan Harimau Kumbang sangat berkesan menyerang selain pakar dalam situasi bola mati yang direncananya.

Untuk Melaka United pula, sebagaimana yang kita dapat lihat, sejak kehadiran pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Gary Steven Robbat, mereka makin bertambah baik dari segi bertahan dan semakin kurang dibolosi gol oleh pasukan lawan.

Peranannya di posisi tengah bertahan membantu kubu pertahanan skuad Hang Tuah.

Dalam empat aksi selepas Liga Super kembali bersambung, mereka hanya dibolosi tiga gol, malah menariknya mereka menang 2-0 ke atas pasukan pencabar liga, Terengganu FC dan hanya bolos satu gol berdepan juara bertahan liga, JDT.

Walaupun tanpa Gary Steven Robbat ketika berdepan JDT – mungkin atas faktor perjanjian pinjamannya, pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan nampaknya sudah mengesan yang pasukannya memerlukan pemain tengah bertahan.

gary steven robbat terengganu melaka united
Peranan besar Gary ketika ‘mengunci’ arkitek Terengganu FC membantu mereka menang 2-0

Melaka United Jadi Tempat Gary Steven Robbat Buktikan Kemampuan Sebenar

Sebelum kehadirannya, Zainal Abidin kekurangan pemain di posisi tersebut dan ini menjadikan mereka sebagai mangsa lambakan gol – dibolosi 19 gol dalam 13 aksi.

Hanya pemain import, Manuel Ott yang merupakan pemain natural yang bermain di posisi tengah diletakkan oleh Zainal Abidin, namun beliau kekurangan dari aspek bertahan. Ini mungkin yang telah mengganggu perancangan Melaka United.

Ketiadaan Gary Steven Robbat ketika bertemu JDT, Melaka United mempertaruhkan bek tengah, Faris Shah Rosli sebagai pengganti untuk berada di ‘lubang’ tersebut.

Faris Shah diketahui mampu juga beraksi di posisi tengah bertahan dan bek kanan.

Jika Melaka United masih tidak dapat mempertaruhkan Gary Steven Robbat yang dikhabarkan mengalami kecederaan ringan, Zainal Abidin nampaknya sudah memiliki pilihan lain iaitu Faris Shah untuk menjadi pelindung tambahan kepada benteng.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN