Jika Coutinho Menang UCL Dengan Bayern, Barcelona Kena Bayar Liverpool €5 Juta

Susulan kemenangan besar 8-2 Bayern Munich ke atas Barcelona dalam aksi suku akhir UEFA Champions League awal pagi tadi, Bayern serta-merta menjadi pilihan untuk menjadi juara.

Selepas dimalukan oleh Bayern, perkara terakhir yang Barcelona mahu lihat adalah juara Bundesliga itu menjuarai UEFA Champions League.

Mengapa?

Ini kerana dalam kontrak Phillipe Coutinho, terdapat satu klausa yang mewajibkan Barcelona untuk membayar Liverpool sebanyak €5 juta jika beliau menjuarai UEFA Champions League.

Berita ini pastinya memberi kegembiraan kepada penyokong Liverpool yang berpendapat duit tersebut boleh digunakan untuk membeli Thiago dalam jendela perpindahan pemain nanti.

https://twitter.com/bubbIxs/status/1294437341973696512

Liverpool sebelum ini ‘terlepas’ prospek meraih €20 juta yang wajib dibayar oleh Barcelona apabila Coutinho telah bermain sebanyak 100 perlawanan untuk kelab Catalonia tersebut. Coutinho mencatat 76 penampilan bersama Barcelona sehingga kini sebelum dipinjamkan ke Bayern pada musim 2019/2020.

Prospek €20 juta itu masih belum tertutup, cuma semakin malap memandangkan Barcelona mendapati Coutinho tidak boleh menyesuaikan diri dengan gaya permainan mereka yang berpaksikan Lionel Messi.

Pada Januari 2018, Liverpool menjual Coutinho ke Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak €116 juta. Jumlah itu boleh meningkat sehingga ke €157 juta jika semua klausa dalam kontrak Coutinho dipenuhi – antaranya tambahan €20 juta jika bermain 100 perlawanan dan €5 juta jika menjuarai Champions League.

Klausa diaktifkan jika Coutinho menang UCL atau menang UCL dengan Barca?

Bagaimanapun ada juga peminat bola sepak lain yang menyangkal laporan Andres Agulla.

Menurut mereka, Barcelona hanya perlu membayar €5 juta kepada Liverpool jika Coutinho menjuarai Champions League dengan Barcelona sahaja.

Dalam erti kata lain, mereka mendakwa klausa itu tidak terpakai jika Coutinho menjuarai Champions League dengan pasukan lain.

https://twitter.com/LikeChrisss/status/1294437531640094722

Persoalannya sekarang: jika Bayern menjadi juara Champions League, adakah Barcelona perlu membayar €5 juta kepada Liverpool atau tidak?

Persoalan ini hanya boleh dijawab dengan melihat sendiri kontrak Coutinho di Barcelona. Ketika ini, kita hanya boleh berspekulasi sahaja.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN