Jika 3 Pemain Ini Sertai MU, Mungkin Nasib David Moyes Akan Berbeza

David Moyes Man United 2013

David Moyes mungkin antara pengendali Manchester United yang akan dikenang kerana kegagalannya untuk bertahan lama – hanya 10 bulan selepas akhirnya ditamatkan kontrak akibat prestasi buruk mereka pada musim 2013/14.

Beliau merupakan pilihan terbaik kelab untuk menggantikan Sir Alex Ferguson sejurus mengumumkan akan bersara pada penghujung musim 2012/13. Namun, tidak sampai semusim, Man United gagal untuk mempertahankan kejuaraan liga.

Selain kegagalan di liga domestik, Man United juga gagal melayakan diri ke pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL), malah turut gagal untuk layak ke Liga Europa – kali pertama mereka gagal beraksi di kejohanan Eropah sejak tahun 1990.

Disebalik kegagalannya, jika David Moyes berjaya mendapatkan tiga pemain ini, mungkin nasibnya di Man United akan berubah? Beliau telah mendedahkan kepada beIN Sports tentang tiga pemain yang cuba dibawanya ke Man United.

Beliau boleh dikatakan mewarisi skuad yang agak berusia, selain mentalitinya masih seperti membimbing Everton yang lebih fokus untuk memburu satu mata berbanding untuk lebih cuba mendapatkan kemenangan buat skuad kendaliannya.

Tiga pemain yang cuba dibawanya ke The Red Devils adalah Toni Kroos, Gareth Bale dan Cesc Fabregas tetapi mengakui sukar untuk merealisasikannya.

Man United sekian lama bergelut mencari pengganti Paul Scholes dan itulah yang cuba diperbaikinya dengan cubaan untuk memancing masuk Toni Kross dan Cesc Fabregas yang baginya mampu memperbaiki kelemahan jentera tersebut.

Selain itu, dengan Wayne Rooney yang semakin berusia dan hilang bisa, kecederaan menghantui Robin van Persie dan Danny Welbeck, kemasukkan Gareth Bale dilihat mampu mengubah nasib buruk mereka pada musim tersebut.

“Toni Kross tentunya salah seorang yang saya cuba dapatkan [untuk Man United],” ujarnyaketika ditemuramah dalam rancangan bersama Richard Keys dan Andy Gray.

“Dan pada ketika itu, kami turut memburu Gareth Bale dan Cesc Fabregas. Harus saya tekankan ketika di Everton, saya memiliki hubungan rapat dengan banyak pemain yang bagus tetapi gagal untuk mendapatkan mereka,” ujarnya.

KREDIT FEATURED IMAGE: ACTION IMAGES / CARL RECINE

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN