JFA Pilih Pengadil Malaysia Adili Perlawanan Jepun Menentang Venezuela

Pengadil

Ketika kualiti pengadilan sering mendapat kritikan hebat peminat bola sepak tanah air, pengadil tempatan terus mendapat perhatian luar apabila menerima jemputan daripada Persatuan Bolasepak Jepun (JFA).

Menurut sumber Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), badan induk bola sepak negara itu telah mengemukakan nama Mohd Amirul Izwan Yaacob bagi mengadili Perlawanan Persahabatan Tier 1 antara Jepun menentang Venezuela di Stadium Panasonic Suita, Osaka yang akan berlangsung pada 19 November ini.

Amirul Izwan juga bakal menjadi pegawai keempat bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 2, Jepun B-22 lwn Colombia B-22 di Stadium EDION Hiroshima pada 17 November 2019.

Selain itu, Mohd Yusri Muhamad pula bakal bertindak selaku penolong pengadil bagi kedua-dua perlawanan yang turut merupakan sebahagian daripada Kirin Challenge Cup 2019.

Dalam perkembangan berlainan, kedua-dua pengadil tersebut bersama-sama dua lagi pegawai perlawanan dari Malaysia iaitu Mohamad Mu’azi Zainal Abidin dan Razlan Joffri Ali telah dilantik oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mengendalikan perlawanan Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Kuwait bertemu Chinese Taipei di Stadium Jaber al-Ahmad, Kuwait City pada 14 November ini.

Satu lagi set pegawai perlawanan dari Malaysia terdiri daripada Muhammad Nazmi Nasaruddin, Mohamad Zairul Khalil Tan , Mohd Arif Shamil Abd Rasid dan Suhaizi Shukri  turut dilantik oleh FIFA untuk mengendalikan perlawanan Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Myanmar lwn Mongolia di Stadium Mandalar Thiri, Mandalay pada 19 November.

Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN