Jesper Gronkjaer Yakin Hakim Ziyech Mampu Menyinar Di EPL

Hakim Ziyech

Bekas pemain sayap Chelsea, Jesper Gronkjaer percaya Hakim Ziyech mampu membuktikan kualiti hebat yang dimiliki sekaligus dapat menyinar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas memilih untuk menyarung jersi The Blues pada musim hadapan.

Pemain berusia 27 tahun itu telah mencapai kata sepakat untuk berhijrah ke Chelsea pada musim 2020/21 selepas memeterai perjanjian selama lima tahun dengan yuran perpindahan berjumlah €40 juta.

Itu juga merupakan rekrut pertama buat Chelsea selepas kelab tersebut hukuman larangan pembelian pemain selama dua jendela perpindahan telah dikurangkan.

Gronkjaer yang beraksi selama empat musim bersama Chelsea mengakui Ziyech adalah merupakan tambahan yang hebat buat kelab berpangkalan di London itu.

”Ziyech adalah salah seorang yang berjaya mencuri tumpuan saya sejak dua musim terakhir ini walaupun dia bukanlah pemain lepasakan akademi Ajax.”

”Anda memerlukan pemain seperti ini. Saya merasakan semua kelab terkenal dunia memerhatikannya dan bertanyakan soalan adakah dia merupakan pemain yang baik buat pasukan,” ujar Gronkjaer menurut laporan Goal.

Embed from Getty Images

”Dia adalah pemain yang hebat tetapi saya merasakan bersama Chelsea, dia akan menjadi pemain kesebelasan utama dengan segera.”

”Juga, kita masih belum melihat potensi sebenar Christian Pulisic kerana dia juga adalah seorang pemain yang hebat. Jadi,itu adalah perkara yang dinanti-nantikan oleh Chelsea [kombinasi Ziyech dan Pulisic].

Dalam pada itu, Gronkjaer turut berkongsikan nasihat buat Ziyech bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan di England.

”Menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris adalah lebih mencabar mental berbanding liga lain. Apabila anda beraksi untuk Ajax, Feyenoord atau PSV, maka anda berada dalam pasukan yang menguasai permainan, mencipta ruang dan menjaringkan gol dengan banyak sepanjang masa.”

”Ketika ini dalam Liga Perdana, keluk pembelajaran tidak ada dan anda perlu untuk menciptanya sejak hari pertama. Ia lebih fizikal dan pantas tetapi sekarang jika dibandingkan ketika saya beraksi, ia lebih teknikal.”

”Anda perlu mempunyai pemain yang mempunyai kemahiran individu dan setiap pasukan mempunyai pemain dengan teknik yang hebat untuk menjadikannya lebih mudah,” ujar Jasper Gronkjaer lagi.

Kredit featured image: Catherine Ivill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Hakim Ziyech:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply