Jersi Nombor 7 Menanti Sancho Di Manchester United

Jadon Sancho Manchester United 7

Manchester United dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund dengan kontrak selama lima tahun selepas di mana rundingan akhir mengenai yuran perpindahan sedang dimuktamadkan. 

Kelab Bundesliga itu bertegas untuk tidak berganjak daripada angka £110 juta (RM604 juta) untuk pemain England tersebut, tetapi masih boleh kaedah bayaran lain yang membolehkan pembayaran pendahuluan yang lebih rendah.

Paul Pogba masih memegang status sebagai pemain termahal United dengan perpindahan bernilai £89.3 juta dari Juventus pada 2016, namun kini pembelian Sancho berkemungkinan akan memecahkan rekod tersebut.

United menawarkan pembayaran pendahuluan sebanyak £70 juta dengan £40 juta lagi sebagai bonus tambahan, bergantung kepada penampilan dan pencapaian Sancho di Old Trafford seperti berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) atau Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dortmund menggunakan taktik yang sama ketika menjual Ousmane Dembele kepada Barcelona pada 2017 di mana mereka meminta €140 juta, tetapi memuktamadkan rundingan dengan menerima pembayaran pendahuluan sebanyak €105 juta.

Masa semakin mencemburui United memandangkan Dortmund telah meletakkan 10 Ogos sebagai tarikh akhir untuk rundingan diselesaikan.

Musim ini, Sancho telah menjaringkan 17 gol dan menyumbang 17 bantuan jaringan dalam 32 perlawanan Bundesliga. Statistik tersebut sudah tentu meyakinkan United untuk menjadikannya sebagai pemain terbaharu yang akan menyarung jersi nombor 7 yang cukup ikonik.

Nombor tersebut sebelum ini pernah disarung oleh beberapa orang legenda di Old Trafford seperti George Best, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano.

Malangnya karier tiga pemain terakhir yang menggunakan nombor tersebut iaitu Angel Di Maria, Mamphis Depay dan Alexis Sanchez boleh dianggap gagal dan tidak berakhir seperti yang diharapkan.

Sanchez yang menerima gaji tertinggi di United sebelum ini kini semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan secara tetap bersama Inter Milan.

Sekiranya usaha mendapatkan Sancho Gagal, United mungkin akan beralih kepada pemain sayap Bayern Munich, Kinsley Coman atapun pemain Aston Villa, Jack Grealish.

Kredit Foto: Post Pub Podcast

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jadon Sancho dan Manchester United:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply