Jersi Melaka United Musim 2020 Dapat Pujian Penyokong

Jersi Melaka United

Pasukan Melaka United telah melancarkan jersi musim 2020 pada 22 Februari lalu yang menyaksikan majlis diadakan di Mahkota Parade itu mendapat sambutan hangat daripada penyokong pasukan ‘Hang Tuah’.

Seperti yang sudah diketahui umum, Melaka akan menggunakan jersi ‘home’ berwarna hijau, jersi ‘away’ dengan warna hitam serta putih menjadi pilihan buat jersi ‘alternate’ (jersi ketiga) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia bermula 28 Februari ini.

Manakala penjaga gol pula bakal mengenakan jersi berwarna biru dan juga jingga.

Meskipun baru musim pertama skuad Melaka United ditaja oleh Al Ikhsan Sports menerusi AL, jenama tempatan itu kelihatan pantas memberikan impak positif dan secara tidak langsung sudah mula memenangi hati para penyokong.

Tinjauan dibuat di laman Facebook rasmi Melaka United Soccer Association (MUSA), majoriti penyokong jelas tertarik dengan reka bentuk serta sentuhan warna yang terdapat pada jersi Melaka United ini.

Rata-rata komen yang diberikan oleh para penyokong Melaka United sangat membina di mana mereka memuji jersi terbaharu tersebut.

Antara komen daripada penyokong Melaka berhubung jersi baharu pasukan itu.

Wakil Semuanya BOLA yang turut berada di Mahkota Parade tempoh hari juga dapat melihat reaksi positif para penyokong selepas melihat jersi pasukan kesayangan mereka dilancarkan oleh Yang Berhormat Adly Zahari (ketika itu Ketua Menteri Melaka) bersama-sama Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla.

Dengan harga yang boleh diklasifikasikan sebagai mampu milik serta mudah untuk didapati oleh para penyokong mereka, tidak mustahil jersi ini akan menjadi tumpuan para peminat bola sepak di negeri ini.

Dalam pada itu, majlis pada Sabtu lalu turut menyaksikan pihak MUSA memperkenalkan senarai penaja bagi musim 2020 serta juga diadakan sesi meet and greet bersama para pemain Melaka United.

Di mana nak dapatkan jersi Melaka United musim 2020?

Tunjukkan sokongan anda kepada Melaka United dengan membeli jersi terbaru dan original di semua cawangan Al Ikhsan Sports seluruh negeri Melaka!

Harga jersi hanya RM99 sehelai tanpa mengira home, away atau jersi ketiga.

Dapatkan cepat sementara stok masih ada!

Kredit foto: Melaka United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN