Penyokong Liverpool Buat Repot Lepas Jersi Jadi Kain Lap Dalam Drama Melayu

Apa agaknya reaksi seorang penyokong fanatik The Kopites melihat jersi Liverpool jadi kain lap? Inilah yang akan berlaku.

Seorang penyokong Liverpool dipercayai dari Malaysia telah membuat satu laporan rasmi melalui email kepada Liverpool FC berkaitan sebuah drama bersiri bertajuk Jujurlah Nikahi Aku yang didakwanya menghina juara eropah itu.

Ia susulan salah satu babak dari drama tersebut yang disiarkan di episod ke-27 memaparkan salah satu watak menggunakan jersi Liverpool sebagai kain lap.

Laporan oleh penyokong yang menggelar dirinya sebagai Nizam True Kopites itu berbunyi:

Kepada pihak pengurusan Liverpool FC,

Saya adalah seorang penyokong Liverpool FC dari Malaysia. Link di bawah adalah babak daripada siri filem (sebenarnya drama) dari Malaysia.

Pada saya, [perbuatan guna jersi Liverpool sebagai kain lap] ini memalukan kelab, bola sepak, dan sukan di seluruh dunia.

Perbuatan ini sudah melampau, dan saya membayangkan ini adalah perkara perkauman kepada seluruh kelab.

Ia sangat tidak sesuai ditayangkan kepada umum.

Tolonglah ambil tindakan kepada pihak produksi filem dan syarikat televisyen berkaitan.

Jika tidak, mereka akan melakukan lagi dan lagi.

Laporan oleh Nizam True Kopites ini sebenarnya telah menjadi tular di media sosial.

Sebenarnya sukar untuk kami memahami mengapa laporan sebegini perlu dilaporkan kepada pihak Liverpool FC. Kami juga kebingungan mengapa ia turut dikaitkan dengan hal perkauman seperti yang dinyatakan oleh beliau.

Sebagai peminat bola sepak dan penyokong sesebuah kelab, ia perkara normal untuk memiliki kesungguhan atau pun passion. Kita juga boleh marah kerana rasa terhina.

Kerana itu sebagai seorang individu, kita juga harus tahu batas perlakuan kita, terutamanya sebagai seorang penyokong.

Mungkinkah Nizam The Kopites sekadar bergurau dengan laporannya itu? Atau mungkinkah kerana tiga kekalahan baru-baru ini mengganggu emosi?

Nasihat kami, tenanglah saudara. Kalah dan menang adat perlawanan.

Apa-apa pun kami juga teruja untuk mendengar respon daripada pihak Liverpool F.C (sekiranya ada).

Jujurlah Nikahi Aku adalah adalah sebuah drama adaptasi novel karya Umie Nadzimah yang disiarkan di slot DramaVaganza, Astro Ria.

Ia disiarkan pada setiap 7 malam dari Isnin sehingga Jumaat sejak 27 Januari lalu.

Antara pelakon yang menjayakan drama ini adalah seperti Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadir dan Raja Azura.

Drama ini mengisahkan seorang gadis (Nurin Asyfa) yang cacat fizikal (tangan) dan dibenci oleh ibunya sendiri akibat kekurangan yang dimilikinya itu.

Hampir semua orang membencinya kecuali seorang pemuda yang bernama Alan. Alan seorang yang bukan beragama Islam. Sejak bangku sekolah lagi Alan menyukai Nurin.

Alanlah yang banyak membantu dan mempertahankan Nurin daripada terus dibuli. Namun ketika memasuki alam pekerjaan, Nurin diminati oleh bosnya sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN