Jersi Kedah 2017 Diundi Jersi Paling Cantik Oleh Peminat Bola Sepak

Jersi Kedah musim 2017 dinobatkan sebagai jersi paling cantik dalam kalangan jersi-jersi 12 pasukan Liga Super 2017, menurut keputusan rancangan Scoreboard ExtraTime di TV9.

Dalam undian online yang dijalankan di fanpage Facebook Scoreboard ExtraTime, jersi Kedah menerima jumlah likes paling tinggi iaitu 4,200. Jumlah ini jauh meninggalkan jersi Kelantan yang menerima 3,300 likes di tempat kedua dan jersi Perak yang menerima 1,900 likes di tempat ketiga.

Senarai ranking likes jersi pasukan Liga Super 2017 adalah seperti berikut:

  1. Kedah
  2. Kelantan
  3. Perak
  4. JDT
  5. T-Team
  6. Pahang
  7. Melaka
  8. Sarawak
  9. Selangor
  10. Pulau Pinang
  11. FELDA United
  12. PKNS

Jumlah likes ini menggambarkan reaksi positif penyokong Kedah dan peminat bola sepak Malaysia tentang tarikan visual jersi pasukan Lang Merah pada musim ini.

Sebelum ini, kami pernah melaporkan jualan jersi pasukan Hijau Kuning ini yang laris sehinggakan stok jersi habis di semua cawangan Al-Ikhsan dalam masa 5 hari.

Jersi Kedah dan Perak musim 2017 boleh didapati di cawangan-cawangan Al-Ikhsan terpilih.

Kepada penyokong-penyokong Kedah Darul Aman!

Anda boleh mendapatkan jersi Kedah 2017 yang asli (player issue dan fans issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA, SBX. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN