Jersi Hijau Bakal Diharamkan Di Serie A, Tetapi Kenapa?

Serie A

Bermula musim 2022/2023, semua pasukan yang beraksi di saingan Serie A akan diharamkan untuk menggunakan jersi berwarna hijau ketika perlawanan.

Keputusan itu telah pun dibuat menerusi badan penganjur liga tersebut iaitu Lega Serie A dalam peraturan bagi musim 2021/2022.

Menurut laporan di Itali, dalam peraturan tersebut terdapat perkara yang menyebut mengenai warna jersi. Artikel 2 dalam peraturan tersebut mengatakan:

“Bermula pada musim 2022/2023, jersi berwarna hijau bagi pemain yang bermain di atas padang bakal diharamkan.”

Tetapi kenapa Serie A membuat keputusan sedemikian?

Keputusan yang dibuat adalah kerana pihak Serie A tidak mahu menimbulkan kekeliruan kepada penonton yang menyaksikan perlawanan di televisyen.

Mereka tidak mahu penonton terkeliru antara jersi dan padang akibat warna yang hampir sama antara kedua-duanya, sekali gus meningkatkan lagi kualiti pengalaman menonton perlawanan.

Oleh itu, Serie A memilih untuk mengharamkan pengunaan warna tersebut.

Dalam masa yang sama, Serie A menegaskan kepada pasukan yang menggunakan lebih daripada tiga warna dalam satu jersi perlulah mempunyai satu warna yang dominan di bahagian jersi, stokin dan seluar.

Siapakah bakal terkesan?

Menerusi pemerhatian penulis, hanya Sassuolo sahaja pasukan dalam saingan tertinggi Itali ketika ini yang menggunakan jersi berwarna hijau.

Walaupun ianya disulamkan dengan warna hitam pada jersi, namun pasukan tersebut masih lagi dikenali kerana menggunakan warna hijau.

Dengan peraturan ini, pastinya sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pasukan tersebut terutamanya dalam cara mereka menghasilkan jersi baharu kelak.

Selain Sassuolo, pengadil Serie A juga akan mengalami masalah yang sama.

Hal ini kerana, lazimnya mereka terkenal kerana menggunakan warna hijau neon pada jersi, seluar dan stokin mereka.

Namun mereka mungkin tidak menghadapi banyak masalah kerana hijau neon tidaklah terlalu serupa dengan warna padang jadi penulis berasakan tiada masalah untuk pengadil terus menggunakan warna itu.

Baca juga artikel kami yang lain di sini:

Risau Jadi Mangsa Perkauman, Hudson-Odoi Mahu Tinggalkan England Demi Ghana

Kisah Kurniawan Dwi Yulianto Yang Pernah Bergandingan Dengan Mancini & Platt

Tidak Perlu Pertikai FAM Hantar Skuad B-20 Untuk Kelayakan AFC B-23

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply