Jersi Baharu Skuad Lang Merah Mempunyai Aura Sang Juara

“Bangkit sebagai juara !”

Itulah kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kepada para pemain Kedah ketika Majlis Pelancaran Jersi baharu mereka di Stadium Darul Aman malam tadi.

Mukhriz  begitu teruja melihat jersi baharu skuad Helang Merah yang tampil dengan kit yang berwarna kuning berbelang hijau untuk jersi home (tuan rumah), merah untuk jersi away (tempat lawan) dan jersi ketiga yang berwarna hijau.

Jersi ketiga Kedah FA mendapat pujian dan permintaan tinggi daripada penyokong mereka. FOTO: Lotto

“Kita telah mempersiapkan pasukan padu dengan barisan pemain yang diyakini mampu membawa cabaran Kedah hingga ke puncak kecemerlangan dan pasukan ini juga mempamerkan corak permainan memberangsangkan dalam perlawanan pramusim lalu.

“Saya percaya semua ini hasil dedikasi dan kesungguhan setiap individu dalam KFA bermula daripada peringkat tertinggi hingga pengurusan.

“Barisan kejurulatihan diketuai Aidil Sharin Sahak disertai pemain dan pegawai mempunyai impian satu iaitu mahu melihat Kedah bangkit sebagai juara,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Selain pelancaran jersi, KFA turut membuka jualan pas bermusim Kedah FA 2019 bagi para penyokong setia mereka.

Jersi ‘away’ Kedah. FOTO: Lotto

Skuad Kedah musim ini ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Perbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated MBI) dan juga produk jenama sukan Lotto yang menaja jersi dan peralatan sukan.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Home United semalam, Kedah berjaya menewaskan kelab dari Singapura itu 4-0 hasil jaringan daripada penyerang import, Jonatan Bauman (2 gol), Fernando Rodriguez (1 gol) dan Badrol Bakhtiar (1 gol).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN