JDT Wujudkan “Digital Collectables” Untuk Penyokong Setia Harimau Selatan

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tiba dengan satu lagi inovasi baharu dalam bola sepak negara apabila memperkenalkan “digital collectables” khusus untuk penyokong-penyokong setia skuad Harimau Selatan.

Menurut satu kenyataan dari juara tujuh kali Liga Super Malaysia itu, inovasi tersebut adalah salah satu usaha kelab tersebut membina hubungan dengan penyokong mereka.

Ini bermakna selain daripada memberikan sokongan kepada pasukan di dalam padang, penyokong JDT kini boleh melakukan  pengumpulan barangan dalam bentuk Non-Fungible Tokens (NFT) yang membolehkan penyokong membuktikan milikan ke atas aset digital menggunakan teknologi ‘blockchain’.

“‘JDT Digital Collections’ akan membenarkan penyokong untuk mengumpul karya seni yang diinspirasikan oleh kelab, dengan setiap token bakal membuka pelbagai cara untuk menghubungkan penyokong dengan kelab terkemuka Asia Tenggara ini,” ujar kenyataan tersebut.

Turut menanti penyokong JDT selain mengumpul NFT JDT, penyokong juga berpeluang untuk menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti di ‘corporate box’, bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT.

Inovasi pemilikan ‘digital collectacbles’ adalah terknologi terbaru direka khas untuk peminat sukan di negara ini. Ini bermakna JDT kini menjadi pelopor pertama di dalam industri bola sepak di Malaysia dan sukan tanah air memperkenalkan teknologi ini kepada penyokong mereka.

Di luar negara, khususnya di Amerika Syarikat, sukan-sukan terkenal di negara tersebut seperti National Football League (NFL), atau The National Basketball Association (NBA) sudah lama menggunakan teknologi yang sama untuk penyokong dan peminat mereka di serata dunia.

Baca artikel menarik lain daripada kami:

Syamer Kutty Abba, Pemain Paling Menyerlah Disebalik Kecewanya JDT

Benjamin Mora: Kami Di Sini Kerana Kami Juara Liga Di Malaysia!

Pengadil JDT-Pohang Amat Dikenali Dan Dibenci Penyokong Indonesia

Leave a Reply