JDT Terima Lawatan Delegasi Double Pass

Juara Liga Super selama enam musim berturut-turut, JDT telah menerima kunjungan dari delegasi Double Pass semalam.

Firma yang berpengkalan dari Belgium itu adalah sebuah badan bebas untuk mengukur keupayaan sesbuah kelab bola sepak untuk dijadikan penanda aras sebagai perbandingan dengan kelab-kelab elit dari serata benua.

DOUBLE PASS DARI BELGIUM LAKUKAN ANALISIS STRUKTUR JDT UNTUK PERBANDINGAN DENGAN KELAB-KELAB ELIT ANTARABANGSA

Kelab…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, October 7, 2019

Menurut satu kenyataan dari JDT melalui platform media kelab itu semalam, kehadiran Double Pass adalah untuk memastikan Harimau Selatan memenuhi piawaian antarabangsa, sejajar dengan impian DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Dua wakil dari firma tersebut yang hadir semalam adalah Ketua Produk & Pengasas, Prof. Dr. Jo van Hoecke dan Perunding Kanan Bola Sepak, Ariel Jacobs.

Antara yang ditinjau dalam lawatan kedua-dua mereka semalam adalah kemudahan fasiliti yang terdapat di JDT, dan kajian akan terarah kepada semua aspek merangkumi akademi bola sepak, pasukan senior dan pengurusan kelab.

Kedua-dua wakil dari Double Pass juga merupakan individu yang amat berpengalaman di dalam bola sepak.

Van Hoecke misalnya merupakan Profesor Pengurusan Sukan di University of Brussels.

Manakala Jacobs pernah bergelar Pengarah Akademi Belia Belgium FA, Jurulatih Belia Belgium (kategori Bawah-14 hingga Bawah-23), dan Penolong Jurulatih Pasukan Kebangsaan Belgium.

Beliau juga pernah berperanan sebagai Ketua Jurulatih beberapa kelab di Belgium dan Pengarah Teknikal KRC Genk.

Double Pass sebelum ini telah bekerjasama dengan hampir 700 kelab profesional dari Premier League, J.League, U.S. Soccer, Bundesliga serta banyak lagi.

Lawatan oleh Double Pass adalah satu lagi pengiktirafan untuk JDT yang terus menerima perhatian dari bola sepak dunia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN