JDT Tarik Diri Dari Saingan AFC Champions League

Kerjasama Semuanya BOLA

JDT

Susulan pembatalan Piala Malaysia 2020 akibat Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membenarkan aktviti sukan diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bola sepak negara terus disekat oleh pihak kerajaan Malaysia.

Terkini selepas kerajaan Malaysia tidak membenarkan Johor Darul Ta’zim (JDT) berlepas ke Doha, Qatar untuk aksi AFC Champions League (ACL), juara Liga Super itu memilih untuk menarik diri daripada kejohanan tersebut.

Selepas tiada jalan lain untuk membolehkan mereka terus bersaing, keputusan menarik diri ini adalah dilihat tindakan ideal untuk mereka.

Laporan dari pihak AFC memberitahu yang JDT sudah pun sah menarik diri dari ACL untuk musim ini.

Hasil daripada penarikan diri JDT dalam saingan ACL, kesemua perlawanan yang melibatkan JDT dalam ACL 2020 dianggap sebagai batal dan tiada mata percuma diberikan kepada lawan yang terlibat.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, pihak JDT dikhabarkan memahami tindakan kerajaan Malaysia yang melarang pasukan itu terbang keluar daripada negara.

“JDT telah diberitahu mengenai perkara ini dan mereka bersetuju kerana ianya melibatkan keselamatan dan nyawa para pemain mereka.”

“JDT memahami perkara ini dan tiada masalah untuk mereka tidak beraksi dalam kejohanan AFC.”

Permohonan JDT untuk mendapatkan kebenaran khas terbang ke luar negara tidak diterima kerajaan Malaysia kerana ianya berlaku pada tempoh PKPB yang dimana sempadan negara masih ditutup.

Ditambah pula dengan mereka bergerak dalam kumpulan individu yang ramai menyukarkan lagi ianya untuk berlaku.

Sementara itu, pelumba moto Hafizh Syahrin masih dibenarkan untuk terlibat dengan kejohanan MotoGP selepas beliau melakukan permohonan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Baca juga artikel kami mengenai Johor Darul Ta’zim:

Tidak Dibenarkan Ke Doha, JDT Hormati Keputusan MKN

MKN Tak Benarkan JDT Terbang Ke Doha Bagi Hadapi Saingan ACL

Pemain Kacukan Malaysia-England Stuart Wilkin Bakal Sertai JDT?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram