JDT Sudah Dapat Lebih RM440,000 Selepas Tewaskan Suwon Bluewings

JDT

Beberapa hari lalu, Juara Liga Super Malaysia, iaitu JDT berjaya melakukan kejutan dengan menewaskan Suwon Bluewings dengan skor 2-1 – dalam aksi perlawanan kedua kumpulan G.

Dua gol JDT adalah menerusi Gonzalo Cabrera dan juga Mauricio. Manakala gol tunggal Suwon Bluewings adalah menerusi Antonis.

Hasil daripada kemenangan tersebut, JDT telah berjaya mendapat bonus atas persembahan.

Di mana dalam regulasi Liga Juara Juara AFC 2020, hadiah $50,000 ataupun sekitar RM200,000 kepada setiap kemenangan yang diraih oleh sesebuah pasukan.

Manakala pasukan yang seri akan mendapat $10,000 ataupun sekitar RM40,000.

JDT berjaya mendapatkan bonus tersebut pada hari kedua perlawanan peringkat kumpulan.

Sebelum ini, pasukan mereka sudah terbang ke Jepun untuk perlawanan menentang Vissel Kobe. JDT mendapat elaun perjalanan sebanyak $60,000 berdasarkan regulasi 62.4.

Pada 2018, AFC mengumumkan subsidi untuk pasukan pelawat meningkat dengan mendadak, kerana mengambil kira kos dan juga prestij pertandingan yang semakin menarik tajaan besar.

Jadi setakat ini JDT sudah mengesahkan mereka sudah mendapat $110,000 daripada bonus dan elaun tersebut, bersamaan dengan lebih RM440,000.

JDT masih ada baki 4 perlawanan lagi dan 2 perlawanan di away. Elaun yang masih menanti JDT adalah $120,000 / RM480,000 untuk aksi di away sahaja.

Merujuk kepada 62.4, setiap pasukan akan diberikan USD60,000 / RM180,000 untuk setiap perlawanan away mereka.

Secara kesuluruhannya, JDT kini sudah boleh berkira – kira mendapat RM920,000 daripada bonus dan elaun perjalanan mereka.

Ini kerana elaun perjalanan daripada 3 perlawanan away adalah $180,000 ditambah dengan 1 bonus kemenangan yang baru dimenangi, bersamaan dengan $230,000.

$230,000 ataupun lebih RM920,000 itu adalah wang yang mereka miliki jika menyempurnakan tugasan kumpulan – walaupun selepas ini mereka tak menang kesemua baki perlawanan sekalipun.

Namun, jika mereka menang atau seri, angka RM920,000 itu akan bertambah lagi.

Selain daripada bonus dan elaun daripada AFC ini, JDT juga ada 3 perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim. Dan mereka menjana kutipan pagar pada setiap perlawanan home itu.

Liga Juara Juara AFC telah menjadi pertandingan yang paling lumayan di Asia. Pada 2018, AFC telah merombak beberapa perkara dari segi bonus dan juga elaun. Ini yang membuatkan pasukan yang bermain di ACL akan menerima imbuhan yang tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN