JDT, PJ City, Sabah? – Kelantan FC Tetap Sasar Lepasi Peringkat Kumpulan Piala Malaysia

Norizam Tukiman Kelantan FC Piala Malaysia 2021

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman meletak sasaran melepasi peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2021 selepas Kelantan diundi satu kumpulan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), PJ City FC dan Sabah FC.

JDT merupakan juara bertahan edisi 2019, sementara PJ City dan Sabah pula merupakan pasukan yang liat untuk ditumbangkan. PJ City memiliki pertahanan yang kental sementara Sabah pula ada sentuhan baharu.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee akan memulakan tugasnya bersama Sabah di Piala Malaysia ini dan tentunya kita boleh jangkakan sesuatu yang lebih positif daripada kem The Rhinos.

Analisis: Falsafah Bola Sepak Ong Kim Swee Yang Bakal Mengubah Sabah FC

Begitupun, Kelantan tidak mahu terlalu memandang rendah kemampuan sendiri untuk mengejutkan ketiga-tiga pasukan dari Liga Super tersebut. Piala Malaysia adalah pentas berbeza dan sentiasa ada kejutannya.

Menurut Norizam Tukiman di Harian Metro, “Apabila dapat lawan yang kuat, kita main bersungguh-sungguh dan untuk saingan Piala Malaysia nanti, juga diharapkan dapat main bersungguh-sungguh.”

“Kalau dapat main seperti perlawanan terakhir baru-baru ini, rasanya tak mustahil untuk kita berikan satu cabaran dan buktikan Kelantan FC bukan pasukan yang boleh dipandang sebelah mata,” tambahnya lagi.

Kelantan menamatkan saingan Liga Premier musim ini di tangga ke-6, 11 mata di belakang Sarawak United yang meraih promosi ke Liga Super. Ia menunjukkan masih jauh jurang mata untuk mereka ke Liga Super.

Selain Sarawak United, juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC pula meraih 41 mata untuk turut sama kembali ke saingan tertinggi Liga Malaysia musim hadapan. Adakah Kelantan mampu membuat sesuatu?

Sebagai pasukan yang melalui fasa baik pulih sejak kehadiran Norizam Tukiman, sudah tentu mereka mahu memberikan sesuatu buat pemilik mereka itu selepas gagal meraih tiket untuk ke Liga Super musim ini.

“Ini tahun pertama saya ambil alih sepenuhnya jadi dengan kelayakan kita masuk ke saingan Piala Malaysia, satu benda yang baik. Kita kelab baharu dan saya sasarkan dapat lepas suku akhir pun sudah okay, maksudnya melepasi saringan sebab lawan pasukan yang kuat,” ulas Norizam Tukiman lanjut mengenainya.

Bukan sesuatu yang mudah tetapi ia tidaklah terlalu mustahil. Tetapi jika bersandarkan prestasi di Liga Premier, mungkin ia adalah misi sukar buat mereka untuk sasaran bagi melepasi saingan peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN