JDT Lakar Lembaran Baharu, Jalin Kerjasama Dengan UNICEF

JDT UNICEF

Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuka lembaran baharu buat kancah bola sepak tempatan khususnya apabila mengumumkan kerjasama dengan Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa PBB (UNICEF).

Ia bukanlah calang-calang kerjasama dapat disaksikan kerana JDT menjadi pasukan keempat di dunia selain daripada FC Barcelona, Manchester United dan Olympiakos yang turut menjalinkan hubungan dengan organisasi tersebut.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam satu sidang media khas yang diadakan di Bilik Sidang Media, Ibu Pejabat JDT, Iskandar Puteri, sebentar tadi.

”UNICEF akan menjadi rakan rasmi kami bagi menghadapi musim 2021. Saya merasakan ini merupakan pengiktirafan yang sangat besar untuk bekerjasama dengan salah satu badan organisasi terbesar yang telah banyak melakukan khidmat kemanusiaan di seluruh dunia.”

”Saya sangat bangga untuk mengatakan bahawa kami JDT akan menjadi menjadi rakan rasmi untuk bersama-sama berganding tenaga dalam kerjasama yang luar biasa ini.”

”Ini merupakan sesuatu yang cukup bersejarah, yang pertama kali di Asia Tenggara. Diharapkan dengan kerjasama ini, banyak perkara yang dapat dicapai.”

”Ia juga satu berita baik dan saya gembira untuk melihat masa depan kelab ini dan juga kesedaran global bersama UNICEF.”

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Dr Rashed Mustafa Sarwar yang merupakan wakil UNICEF, Malaysia dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Berikutan kerjasama bersejarah ini, logo UNICEF dikatakan akan terpampang pada jersi skuad juara Liga Super bagi tujuh musim berturut-turut itu pada musim hadapan.

Kredit featured image: JDT TV

Baca artikel lain dari kami mengenai JDT:

Terus Mengorak Langkah Proaktif, JDT Jalin Kerjasama Dengan Spartan

Cemerlang Bersama JDT, Benjamin Mora Terima Anugerah Kehormat Mexico

TMJ Beri ‘Hint’ Akan Bawa Masuk 2 Pemain Naturalisasi Ke JDT

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply