JDT Kelab Bola Sepak Terbaik Asia Tenggara

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini merupakan kelab bola sepak terbaik di rantau Asia Tenggara. Perkara itu adalah berdasarkan penilaian oleh Footy Rankings yang menilai keupayaan kelab-kelab bola sepak di seluruh Asia.

Berdasarkan kemaskini terkini daripada laman tersebut, JDT kini menduduki tangga ke-32, dan turut mengatasi beberapa kelab utama Asia yang lain seperti Shanghai Shenhua (China), Pohang Steelers (Korea Selatan), dan juga Melbourne Victory (Australia).

JDT merupakan kelab terbaik Asia Tenggara, selepas berada di atas Ceres Negros (Filipina) yang kini berada di kedudukan ke-33. Beberapa kelab utama Asia Tenggara yang lain menyaksikan Buriram United (Thailand) berada di kedudukan ke-36; Muangthong United (Thailand) di tangga ke-46; dan Home United dari Singapura di kedudukan ke-52 Asia.

Beberapa pasukan Liga Malaysia lain turut berada di dalam senarai. Selangor berada di kedudukan ke-104, Felda United di tangga ke-108, dan Perak di tangga ke-115 Asia.

FOTO: JST

Pengiraan mata untuk ranking ini adalah berdasarkan penglibatan kelab bola sepak di dalam pertandingan Asia sejak empat tahun yang lalu.

Kemenangan 1-0 JDT ke atas Kashima Antlers di pertandingan AFC Champions League telah banyak membantu melonjakkan skuad Harimau Selatan di dalam sistem kiraan mata ini.

Berada di dalam Kumpulan E, JDT kini mengumpul 4 mata hasil dari satu kemenangan, dan satu seri. Wakil tunggal negara itu wajib menang perlawanan terakhir menentang Gyeongnam FC di tempat lawan, sambil menharapkan Shandong Luneng berjaya menundukkan Kashima Antlers untuk sebarang peluang mara ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN