JDT Jadi Penanda Aras Bola Sepak Asia Tenggara Selepas Miliki Mesin ‘Infrared Sauna Therapy’

Belum lagi ada mana-mana pasukan atau kelab bola sepak dari rantau Asia Tenggara yang memiliki mesin ‘Infrared Sauna Therapy’ selain daripada JDT.

Selain daripada menunjukkan betapa seriusnya juara Liga Super enam kali berturut-turut itu di dalam sains sukan – khususnya melibatkan proses pemulihan dan penyembuhan pemain daripada kecederaan – ia juga adalah satu penanda aras baharu untuk evolusi bola sepak di rantau ini.

DUA UNIT MESIN ‘INFRARED SAUNA THERAPY’ UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PEMAIN TELAH DIPASANG DI JDT

Mesin…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, August 8, 2019

Baru-baru ini dua mesin ‘Infrared Sauna Therapy’ telah siap dipasang di kompleks latihan kelab tersebut dan sedia digunakan.

Penambahan peralatan terkini di fasiliti JDT ini membantu mampu membantu proses pemulihan para pemain selepas latihan dan kecederaan selain membantu menguatkan pemain secara fizikal.

Usaha ini adalah sejajar dengan aspirasi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang mahu melihat Harimau Selatan melangkaui batasan.

Apakah itu Infrared Sauna Therapy?

Teknologi inframerah di dalam rawatan bukan perkara baru di Malaysia. Bidang radiologi misalnya adalah salah satu cabang yang menggunakan teknologi gelombang mikro.
Terapi sauna inframerah adalah sejenis rawatan menggunakan gelombang elektromagnetik. Panjang gelombang yang digunakan kebiasaannya adalah antara 4-14 mikron.

Di dalam konteks sains sukan pula, teknologi ini akan membantu pemain untuk:

• Memperbaiki peredaran mikro dengan menghasilkan kesan getaran yang kuat dalam peringkat molekul serta mengembangkan saluran darah halus dengan kesan resapan haba inframerah jauh, peredaran mikro yang lancar ini meyumbang kepada;
• Meningkatkan kadar penghantaran oksigen dan nutrien di dalam sel darah kepada keseluruhan tubuh dan otak, merangsangkan tindakan hormon dan enzim, justerus meningkatkan imunisasi atau daya tahanan.
• Mengeluarkan toksin terkumpul dan di dalam tubuh serta memperbaiki peredaran sistem limfa yang biasanya merupakan teras kepada masalah kesihatan.
• Membantu tumbesaran dan penyembuhan cepat sel-sel badan, luka-luka luar dan dalam badan boleh menyembuh dengan cepat.
• Meneutralkan keasidan , membantu penyembuhan sakit sendi dan kecederaan ligamen.
• Menghilangkan kelesuan dan memulihkan tenaga dengan pantas.
• Menstabilkan tekanan darah, dan gula dalam darah.

 

INFRARED SAUNA THERAPY UNITS READY FOR USE!

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, August 9, 2019

Penutup

Sehingga kini JDT telah membelanjakan RM1.4juta untuk beberapa jenis peralatan canggih dalam memperkasakan kemudahan sains sukan.

Antara teknologi yang digunakan di JDT ialah ‘Saliva Testing Kits’, ‘Super Inductive System’, ‘Hypervolt Vibration Massage Device’, ‘Hydrotherapy Machine’ dan ‘Smartspeed System Gates’.

Dari segi kemudahan rawatan sebegini, harus diakui JDT berkemungkinan adalah kelab bola sepak yang mempunyai fasiliti terbaik di rantau ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN