Ifwat Akmal Dalam Radar JDT Gantikan Farizal Marlias

Sumber Mstar Online mendedahkan mereka ada menghubungi sumber di Johor Bharu menyatakan penjaga gol muda Kedah, Ifwat Akmal dalam radar JDT.

Ifwat kini bersama skuad Sukan SEA dalam rangka persiapan sebelum temasya bermula. Pasukan B-22 tahun kebangsaan berada di China.

Ifwat Akmal antara pemain yang cemerlang dalam revolusi pasukan Kedah dalam beberapa musim ini.

Beliau menjadi penjaga gol no.1 di dalam kem Kedah pada musim ini. Ifwat juga baru membantu pasukan Kedah menjulang Piala FA beberapa minggu yang lalu.

Photo by: Safwan Rozi | Asiana.my

Tambah sumber Mstar Online lagi:

“Ayahnya sekarang telah berada di Johor untuk berbincang dan mereka dijangka mampu memuktamadkan perjanjian serta proses pendaftaran sebelum Ahad tengah malam ini.”

“Mungkin akan ada wakil daripada pihak JDT akan turun ke China bagi selesaikan proses tandatangan kontrak Ifwat.”

JDT serius memburu penjaga gol untuk menggantikan Farizal Marlias yang digantung setahun.

Kini JDT bergantung kepada 2 penjaga gol iaitu Farizal Marlias dan Haziq Nadzli.

Inilah masa untuk Izham Tarmizi mengembalikan semula aksi terbaik beliau di dalam pasukan. Jika benar Ifwat menyertai JDT, ia akan menjadi pesaing untuk kedudukan penjaga gol no.1

Selain daripada Ifwat, ada beberapa penjaga gol lagi dikaitkan dengan JDT.

Siapakah yang akan melengkapkan slot 3 penjaga gol dalam skuad JDT? Sama-sama kita nantikan.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply