JDT Hebat Kerana Berjaya Merancang

“Gagal merancang, merancang untuk gagal.” Demikianlah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan perbezaan kejayaan dan juga kegagalan di dalam bola sepak.

Musim ini JDT merangkul tujuh kejuaraan secara keseluruhan, Selain daripada gelaran Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala Malaysia yang dimenangi oleh skuad senior, pasukan simpanan JDT II turut muncul juara Piala Cabaran 2019.

Tiga lagi gelaran diraih di peringkat akar umbil, membuktikan JDT adalah sebuah kelab bola sepak yang mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk berjaya.

Tidak dapat dinafikan pasti akan ada pihak yang akan berkata: “Ada duit semua boleh jadi.”

Kenyataan tersebut ada benarnya. Di dalam setiap jenis industri termasuk bola sepak, wang adalah faktor penting untuk menggerakan setiap perancangan. Tetapi ia masih bukan faktor terpenting.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terkilan dengan kenaifan akhbar Harian Metro yang menggunakan tajuk “Ada Duit…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, November 3, 2019

Ini kerana wang tidak akan jatuh dari langit begitu sahaja tanpa sebarang usaha. Kelab bola sepak harus mempunyai struktur yang kukuh dan diyakini sebelum pelabur-pelabur yang tampil sebagai penaja berani menjadi pemegang taruh.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards baru-baru ini berkata:

“Sepanjang 10 tahun, beberapa pasukan juga berbelanja hingga RM300 juta atau RM400 juta, namun kebanyakan pasukan ini masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti pusat latihan, kelengkapan dan kepakaran untuk membantu perkembangan pemain.

“Sebaliknya, kebanyakan wang ini digunakan hampir sepenuhnya untuk mendapatkan pemain dalam mengejar kejayaan segera.

“Di JDT, kelab melabur dalam memastikan fasiliti dan kelengkapan berada pada tahap terbaik dan mempunyai kepakaran dalam membantu pembangunan pemain,” katanya.

Hasil dari fasiliti canggih yang dimiliki kelab tersebut turut berjaya memastikan pemain-pemain tempatan seperti Safawi Rasid, Afiq Fazail, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad berjaya meningkatkan prestasi masing-masing.

“Fasiliti sama turut diberikan kepada pemain muda di Akademi JDT dan keputusan yang ditunjukkan adalah bukti apabila JDT memenangi enam kejuaraan junior kebangsaan dari Bawah-12 hingga Bawah-17 sepanjang dua tahun ini,” katanya.

“Gagal merancang, merancang untuk gagal.” Atau. “Ada duit semua jadi” – semua pihak perlu faham akan maksud sebenar di sebalik kata-kata ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram