JDT Hantar Dua Bintang Skuad B-23 Negara Berkelana Bersama Vilaverdense F.C

Dua anggota skuad kebangsaan B-23 negara yang layak ke suku akhir Kejohanan AFC  B-23 baru-baru ini akan menyertai kelab Portugal, Vilaverdense F.C.

Pemain tengah Syamer Kutty dan Dominic Tan, kedua-duanya dihantar oleh kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim untuk berkelana bersama Vilaverdense F.C selama setahun.

Perkara tersebut disahkan oleh kelab bola sepak dari selatan tanah air itu melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke dalam akaun rasmi kelab tersebut.

Kedua-dua pemain tersebut disahkan akan bertolak ke Portugal esok. Sebagai kelab yang memiliki kontrak asal kedua-dua pemain, JDT turut mengharapkan kedua-dua pemain mampu menimba seberapa banyak pengalaman di Portugal, sebelum kembali menyertai JDT dan skuad negara pada masa hadapan.

Syamer Kutty Abba ialah pemain kelahiran Pulau Pinang, dan merupakan salah seorang pemain daripada projek Harimau Muda yang berkelana di Slovakia.

Selepas pembubaran skuad Harimau Muda, Syamer kembali ke negeri asal beliau untuk menguatkan skuad Piala Presiden Pulau Pinang, sebelum dipanggil untuk menguatkan skuad utama Harimau Kumbang sejak dua musim yang lalu.

Beliau bagaimanapun dilamar oleh JDT selepas aksi cemerlang bersama skuad B-23 negara di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Dominic Tan juga merupakan rakan sepasukan Syamer ketika kedua-duanya bersama skuad Harimau Muda. Setelah pembubaran skuad berkenaan, Dominic menyertai JDT II, sebelum dipanggil menyertai skuad utama JDT pada musim lalu.

Vilaverdense F.C

Vilaverdense F.C ialah sebuah kelab yang beraksi di Divisyen ketiga Portugal, dikenali sebagai Campeonato de Portugal Prio.

Vilaverdense F.C juga merupakan sekutu kepada Braga Football Association, yang bersaing di Primeira Liga Portugal.

Campeonato de Portugal adalah liga bukan profesional yang diwujudkan oleh Persatuan Bola Sepak Portugal (FPF), untuk menggantikan saingan Divisyen 2 dan 3 Portugal sebelum ini.

Berpengkalan di Vila Verde, Portugal, Vilaverdense F.C dilatih oleh António Barbosa yang berusia 35 tahun.

Untuk rekod, Vilaverdense FC kini menduduki tangga ke-3 daripada 14 pasukan yang bertanding di Kumpulan A Campeonato de Portugal, dan berada di kedudukan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN