Alistair Edwards Nafi JDT Mencari Pengganti Farizal Marlias

Selepas khabar angin bertiup kencang menyatakan JDT dalam usaha mendapatkan Ifwat Akmal, JDT terus menafikan hal tersebut.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards memberitahu mereka kini ada 2 penjaga gol yang baik dan tidak ada sebab untuk mereka mencari penjaga gol baharu.

Ini selepas JDT kehilangan khidmat Farizal Marlias untuk 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak kelab tersebut.

Alistair Edwards berkata dalam kenyataan rasmi beliau di laman JST:

“Kami ingin tegaskan disini bahawa JDT tidak akan menggantikan penjaga gol, Farizal Marlias dengan sesiapa kerana Farizal Marlias tetap berada didalam pasukan kami.”

“Jangan sesekali percaya kepada laman tidak rasmi yang hanya mahu menimbulkan cerita sensasi yang tidak sahih. Tiada penjaga gol baharu dalam perancangan JDT. ”

“Ini kerana kami mempunyai dua lagi penjaga gol yang berpotensi tinggi dan bagus iaitu Izham Tamizi dan Muhammad Haziq.”

Izham Tarmizi/JDT – Kredit Gambar: asiana.my

Izham Tamizi antara pemain cemerlang dalam usaha membantu JDT memenangi Liga Super untuk kali ke-3 berturut-turut musim lalu.

Namun musim ini beliau agak tidak konsisten dan dalam beberapa perlawanan, Farizal Marlias menjadi penjaga gol utama JDT.

Namun Alistair Edwards meletakkan keyakinan untuk Izham Tamizi menggalas tugasan itu dan kembali ke prestasi terbaik.

Mungkin JDT akan mempromosi pemain daripada pasukan muda ataupun dari JDTII selepas ini untuk mengisi jawatan penjaga gol ke-3.

JDT kini berada di puncak Liga Super. Selepas rehat separuh musim, pasukan JDT turut akan fokus kepada Piala Malaysia.

Musim ini JDT sudah terlepas 2 kejohanan major iaitu Piala FA dan Piala AFC.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply