JDT & Chapecoense Akan Adakan Perlawanan Persahabatan Tak Lama Lagi

JDT Chapecoense perlawanan persahabatan tidak lama lagi. Hal ini berlaku selepas kelab Brazil itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada JDT.

Chapecoense yang ditimpa tragedi nahas kapal terbang yang mengorban hampir kesemua skuad mereka akan datang ke Johor tidak lama lagi.

Pasukan yang diberikan kemenangan Copa Sundamericana atas dasar fair-play oleh lawan mereka di perlawanan akhir tersebut iaitu Atletico Nacional, akan melakukan perlawanan persahabatan menentang JDT di Larkin sebagai tanda terima kasih.

Namun begitu, tiada lagi tarikh perlawanan ditetapkan.

Terima kasih

Chapecoense akan datang ke Larkin untuk beraksi menentang JDT dalam satu perlawanan persahabatan atas dasar terima kasih kelab Brazil tersebut kepada JDT yang sudi membantu mereka ketika kelab tersebut masih lagi terumbang-ambing selepas tragedi tersebut.

Mereka akan menjadi pasukan kedua dari luar negara yang bertandang ke Larkin untuk bermain perlawanan persahabatan menentang JDT.

Pasukan pertama yang hadir ke Larkin adalah pasukan Borrusia Dortmund dari Jerman.

Chapecoense kini dalam proses pembinaan semula skuad mereka selepas tragedi nahas kapal terbang yang berlaku pada akhir tahun lepas.

Hampir semua pemain dan pegawai skuad Chapecoense yang dalam perjalanan ke Colombia untuk perlawanan akhir Copa Sundamericana menentang Atletico Nacional.

Yang terselamat hanyalah 3 pemain dan beberapa pemain yang tidak ke Colombia kerana cedera dan digantung perlawanan.

Baca juga: Jersi Kedah 2017 Diundi Paling Cantik Oleh Peminat Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN