JDT Bukan Berlagak, Tetapi Itu Perwatakan Profesional

Juara Liga Super Malaysia tujuh kali berturut-turut, JDT sering kali dianggap sebagai sebuah kelab bola sepak yang berlagak di kalangan sebahagian pengikut bola sepak tempatan.

Stigma tersebut ditanya sendiri kepada pemilik kelab, DYAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu program bual bicara bola sepak secara santai yang diterbitkan sendiri oleh personaliti Astro Arena, Hafizal Ahmad dan Zulhelmi Zainal Adam pada malam tadi.

JDT kelab berlagak?

Menjawab tanggapan bahawa JDT sebagai sebuah kelab dan pasukan yang berlagak, ini jawapan baginda:”Bagaimana boleh dikatakan JDT berlagak?

“Jikalau kita menguruskan sebuah kelab bola sepak profesional, sudah tentu kita perlu ada pengangkutan yang terbaik, pakaian yang hebat, kita mahu kelihatan kemas dan profesional,

Dalam erti kata lain apa yang TMJ mahu sampaikan ialah JDT cuba sedaya upaya membawa sikap profesional sesebuah kelab bola sepak yang sebenar ketika di dalam pertandingan.

“Bagi saya itu bukan berlagak, tetapi itu untuk membawa diri menunjukkan sikap profesional. Di dalam pertandingan, ‘there is no humbleness’. Ini bukan tempat untuk kita ada sikap rendah diri, sikap tersebut adalah untuk dunia di luar itu,” tambah baginda lagi.

“Tetapi dalam industri pertandingan di mana kita perlu bersaing, sudah tentu ‘ego booster’ (untuk bersaing dengan pihak lawan kita) kita perlu tunjuk yang kita lebih hebat.

“Pasukan lawan pun perlu tunjuk kepada kita yang mereka lebih hebat. Ini adalah industri pertandingan. Buat masa ini kita berada dalam industri ini. Jika kita hendak terus bersikap ‘humble’, itu boleh jikalau kita berada di masjid, warung atau kehidupan biasa.”

Cabaran terbesar

Melalui perkongsian yang sama TMJ turut berkongsi cabaran terbesar beliau dalam usaha membentuk JDT seperti pada hari ini, sejak mengambil alih pasukan itu sejak 2013.

“Cabaran terbesar bagi saya adalah untuk memberikan pendidikan dan ubah ‘mindset’ pasukan saya sendiri dan orang-orang yang bekerja di dalam kelab JDT. Dan juga untuk memberi pendidikan kepada penyokong-penyokong JDT berkenaan proses pembaharuan,” titah baginda.

“Itu adalah cabaran paling besar kerana masa saya mula dahulu, tiada orang yang percaya. Orang di dalam FAM juga tidak percaya, pihak media juga tidak percaya malah pasukan-pasukan lawan juga ketawakan saya dan sekarang awak boleh tengok hasilnya sendiri.”

Dalam perkembangan berkaitan, TMJ turut mendedahkan pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi akan dipinjamkan ke kelab Thailand selepas perjanjian pemain itu beraksi di Liga Australia bersama Newcastle Jets berakhir pada 30 Jun hadapan.

 

Baca artikel menarik lain mengenai TMJ dan JDT melalui pautan:

TMJ Tak Tahu Mengapa Tan Cheng Hoe Pilih Ramai Pemain JDT

“Terima Kasih TMJ!” – Dion Cools

Apa Kesan Yang Malaysia Dapat Jika TMJ Ambil Alih Valencia?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN