JDT Bakal Terbitkan Siri Dokumentari Mengenai Kisah Kejayaan Kelab

Fearless: Rise of Southern Tigers

Siri dokumentari lima bahagian – FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers akan menampilkan kisah di sebalik tabir yang menumpukan kepada kuasa besar bola sepak Asia Tenggara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di mana pencapaian dan kejayaan mereka telah membantu dalam membentuk komuniti, masyarakat, negeri dan juga negara.

Siri yang amat dinantikan ini memaparkan kisah mengenai penghasilan infrastruktur kelas dunia yang dimiliki oleh JDT FC, antaranya kemudahan pusat latihan serta Stadium Sultan Ibrahim sehinggalah kepada program akademi remaja yang bukan sahaja membentuk barisan pemain generasi berikutnya tetapi membawa Johor dan Malaysia sebagai masyarakat yang lebih berglobalisasi di rantau Asia.

Memaparkan kisah yang lebih dekat di belakang tabir, FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers turut membawa penonton kepada perjalanan epik yang menyaksikan kejayaan yang diraih JDT FC, menumpukan kepada kisah-kisah penting mengenai kelab yang antara paling dikagumi di rantau Asia.

Pemilik pasukan JDT FC dan DYAM Tengku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah: “Sesetengah pihak memandang rendah impian kami tetapi dalam siri eksklusif di sebalik tabir ini menunjukkan projek bola sepak di Johor – Johor Darul Ta’zim FC – tentang bagaimana ia terbentuk dan menjadi kuasa besar yang perlu diberi perhatian.

Fearless: Rise of Southern Tigers

FEARLESS menampilkan rakaman yang belum pernah dilihat mengenai bagaimana Harimau Selatan menjadi sebuah empayar, perjuangan yang ditempuhi juga kejayaan, serta bagaimana kelab ini diuruskan di belakang tatapan umum dan iltizam kami yang ingin mencapai kejayaan, sama ada di dalam mahupun luar padang”, titah baginda.

Dirakamkan ketika musim 2019/20, FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers memaparkan bagaimana kelab yang mempunyai cita-cita besar ini membina legasi, politik dalam dunia bola sepak serta cabaran yang dihadapi pemain-pemain sama ada dalam atau luar padang menerusi perspektif daripada beberapa personaliti dalam pasukan JDT di samping kumpulan penyokong yang hebat iaitu “Boys of Straits”.

FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers diarahkan bersama oleh Leon Tan dan Tony Peitra Arjuna dan diterbitkan oleh Supernova Media yang berpangkalan di Kuala Lumpur serta menampilkan 5 episod berdurasi selama 22 minit dengan penceritaan dan sari kata dalam Bahasa Inggeris.

Sementara itu, Firma Pelaburan, Penerbitan dan Perlesenan IP Global, 108 Media yang berpangkalan di Singapura telah memperoleh hak penjualan antarabangsa bagi siri dokumentari yang pertama seumpamanya di rantau Asia dan mensasarkan urusniaga seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif 108 Media, Abhi Rastogi berkata: “Kami amat mengagumi dengan nilai-nilai yang ditampilkan menerusi FEARLESS, ia memberikan inspirasi, nilai naratif yang terhasil di sekeliling sukan ini dan kemampuannya untuk menyatukan seluruh rantau. 108 Media begitu teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di serata dunia dan memaparkan perwatakan yang ditampilkan oleh JDT serta bola sepak di Asia.”

Menerusi pejabat antarabangsa di Amerika Utara, Asia dan Eropah, 108 Media telah memulakan penjualan siri ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN