JDT Bakal Berhadapan Skuad Kebangsaan Nepal Ogos Ini

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berhadapan skuad kebangsaan Nepal dalam satu perlawanan persahabatan yang dijadualkan pada 26 Ogos akan datang. Perlawanan dijangkakan akan mengambil tempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada tarikh tersebut.

Perkara tersebut disahkan melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui media sosial rasmi kelab dari selatan tanah air itu semalam.

JDT AKAN BERAKSI MENENTANG SKUAD KEBANGSAAN NEPAL BULAN INI

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, August 15, 2019

Menurut kenyataan, perlawanan tersebut telah dimohon oleh All Nepal Football Association (Nepal FA) sebelum permohonan tersebut diterima oleh JDT.

Pasukan kebangsaan Nepal dijangka hadir ke Johor Bahru sebagai persiapan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, di mana Nepal akan menentang Australia, Jordan, Chinese Taipei dan Kuwait bermula September ini.

2nd Round of Asian Qualifiers
FIFA WORLD CUP QATAR 2022 .
*NEPAL
*KUWAIT
*JORDAN
*AUSTRALIA
*CHINESE TAIPEI

Posted by All nepal football association on Wednesday, July 17, 2019

Untuk menjayakan perlawanan tersebut, skuad JDT yang kini turut memberi fokus kepada saingan Piala Malaysia dan Piala Cabaran akan membariskan gabungan pemain dari skuad utama JDT dan juga JDT II.

Nepal pada hari ini menduduki tangga ke-166 pada ranking FIFA, dan sebelum ini acap kali menjadi pasukan pilihan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN