JDT Adalah ‘AFC Club of the Decade’

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Penyokong bola sepak seluruh Asia telah memilih kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim selaku pemenang anugerah ‘AFC Cup Club of the Decade melalui proses undian yang dianjurkan di the-AFC.com.

Kelab dari selatan tanah air itu muncul juara Piala AFC dan diundi untuk mengatasi empat kelab lain yang merupakan negara Asia Barat, iaitu Air Force Club (Iraq), Kuwait SC (Kuwait), Qadsia SC (Kuwait) dan Al Ahed (Lubnan).

Anugerah yang mengenang pencapaian hebat kelab-kelab yang bertanding dalam AFC Cup sepanjang 10 tahun lepas ini turut menyaksikan JDT menjadi satu-satunya kelab dari Asia Timur yang tersenarai.

Mengulas mengenai pencapaian JDT dalam AFC Cup sebelum ini, AFC menulis:

After 8️⃣1️⃣,0️⃣0️⃣0️⃣ votes, the team selected as Best AFC Cup Club of the Decade is…JOHOR Southern Tigers

Posted by AFC Cup on Sunday, 9 February 2020

“Dalam kejohanan yang didominasi oleh pasukan Asia Barat, JDT berdiri sebagai satu-satunya pasukan dari Asia Timur yang pernah merasai kegemilangan bergelar juara AFC Cup.

“JDT bergelut menunjukkan prestasi memberansangkan pada kemunculan pertama mereka sebagai Johor FC pada 2009, di mana mereka tersingkir di peringkat kumpulan dengan hanya satu mata. Tetapi lain ceritanya apabila mereka kembali pada tahun 2015.

“Persembahan dominan di peringkat kumpulan menyaksikan mereka mendahului Kumpulan F. Ini diikuti oleh kemenangan ke atas wakil Myanmar, Ayeyawady United dan gergasi Hong Kong, South China SC di peringkat kalah mati. Separuh akhir menentang Qadsia SC terganggu susulan penggantungan keahlian Kuwait FA dalam FIFA.

“Pada perlawanan akhir, JDT menghadapi ujian besar menentang wakil Tajikistan FC Istiklol di halaman mereka sendiri. Tetapi wakil Malaysia itu kental menghadapi cabaran, dengan gol tunggal Leandro Velazquez cukup untuk memahat nama JDT dalam sejarah.”

Kejayaan ini menjadi satu lagi pengiktirafan kepada pencapaian JDT di peringkat Asia.