Javier Saviola: Bukan Senang Nak Bergandingan Dengan Messi

Bekas penyerang Barcelona dan Argentina, Javier Saviola mengingatkan kepada pemain muda, Lautaro Martinez bahawa tidak mudah seperti disangka sekiranya beliau dapat bergandingan bersama Lionel Messi.

Bukan rahsia lagi apabila keberkesanan gandingan Martinez dan Romelu Lukaku pada musim ini telah menarik minat Barcelona untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 23 tahun itu.

Martinez berjaya menjaringkan 16 gol dalam 31 penampilannya bersama Inter Milan pada musim ini sebelum saingan Serie A terpaksa dihentikan akibat penularan wabak COVID-19 di Itali dan dunia khususnya.

Ketika saingan terhenti buat seketika, nama Martinez sentiasa menjadi bualan sebagai prospek terbaharu untuk menguatkan jentera serangan The Blaugrana selepas khabar angin kuat mengatakan Luis Suarez akan berhijrah ke salah sebuah kelab gergasi di Amerika Selatan.

Bagaimanapun, Saviola yang turut pernah bergandingan bersama Messi pada musim 2006/07 merasakan Martinez mampu menjadi tambahan berguna buat Barcelona.

Embed from Getty Images

”Sejujurnya pada saya, dia [Lautaro Martinez] adalah pemain yang boleh menguntungkan Barcelona.”

”Kita semua tahu bahawa apa ertinya dapat bermain bersama-sama Suarez, Messi dan pemain-pemain hebat yang lain. Saya tidak mengatakan mudah untuk bermain bersama dengan mereka,” ujar Saviola menurut laporan Goal.

Bagi menguatkan lagi hujah beliau, Saviola turut memberikan situasi yang dihadapi oleh Paulo Dybala ketika bergandingan dengan Messi sewaktu menyarung jersi skuad kebangsaan Argentina.

”Dybala pernah mengatakan bahawa sukar untuk bermain bersama Messi dan saya menyokongnya kerana ia memerlukan tahap konsentrasi yang tinggi untuk mengikut rentaknya [yang laju].”

”Ia nampak mudah tetapi sebenarnya tidak,” ujar Javier Saviola lagi.

Kredit featured image: Simon Stacpoole/Offside/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lautaro Martinez:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN