Javier Hernandez Bakal Lengkapkan Perpindahan £16 Juta Ke West Ham

West Ham bersetuju untuk memenuhi harga yang diletakkan oleh Bayer Leverkusen sebanyak £16 juta untuk penjaring terbanyak sepanjang zaman Maexo, Javier Herenandez.

Hernandez akan memeterai klausa peribadi dan kemudian akan menjalani ujian medikal di West Ham.

Hernandez menghidupkan karier beliau di Bayer Leverkusen. Ini selepas beliau gagal meneruskan karier beliau di Manchester United ketika kelab tersebut diambil alih oleh Louis Van Gaal.

Louis Van Gaal telah menjual pemain tersebut yang juga merupakan antara figura kesayangan peminat di Old Trafford. Ia nyata mengecewakan ramai penyokong United.

Ini keranan Hernandez kerap menjaringkan gol-gol penting kepada pasukan The Red Devils. Hernandez mengucapkan selamat tinggal kepada Manchester United tanpa menyebut nama Van Gaal.

Selain Manchester United, Javier Hernandez pernah beraksi secara pinjaman di Real Madrid. Sebagai rekod, Hernandez menjaringkan 59 gol daripada 156 penampilan untuk Manchester United dari 2010 hingga 2015.

Ia satu rekod yang agak baik untuk pemain yang kerap muncul dari bangku simpanan. Beliau juga berhadapan dengan beberapa krisis kecederaan.

Beliau kemudian menyertai Bayer Leverkusen pada Ogos 2015 dengan perpindahan bernilai £7.3 juta. Bersama Bayer, beliau mencatatkan 39 gol daripada 76 perlawanan. Musim 2015/16 antara musim terbaik di dalam karier beliau.

Pembelian ini dianggap sensasi oleh peminat West Ham United. Mereka berharap Chicharito akan mempamerkan bisa beliau sekali lagi di pentas EPL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN