5 Jaringan Tercantik MSL 2018 Minggu 1, Figueroa Dan Sokpheng Antara Tersenarai

Minggu pertama Liga Super 2018 menyaksikan 13 gol terhasil daripada perlawanan minggu pertama. Kami senaraikan gol yang berada dalam pilihan gol tercantik pilihan kami.

Kriteria pemilihan kami adalah berdasarkan asas pemilihan dalam Anugerah Puskas. Gol haruslah gol bersih, tidak ada isu teknikal termasuk ofsaid.

Seterusnya, ia bukanlah satu ‘fluke’ seperti ‘deflection’, ataupun kerana tepisan/tangkapan tak kemas penjaga gol.

Jadi jaringan Kipré Tchétché ini antara contoh jaringan yang menarik tetapi terpaksa kami lupakan untuk dipilih dalam senarai jaringan terbaik kerana ada terbias pada pertahanan lawan.

y83pt from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Cantik bukan gol itu?

Baiklah, berikut adalah 5 gol terbaik pilihan kami untuk minggu pertama.

5. Pablo Pallares (Kedah)

Go ini adalah gabungan daripada visi dan juga keupayaan Pallares untuk berada di bahu pertahanan. Sandro melakukan satu hantaran lob menarik yang tepat ke kawasan terbaik untuk Pallares melakukan percubaan gol.

Pallares v JDT from Ahmad Muzammil on Vimeo.

4. Keo Sokpheng (PKNP)

Pemain ini melakukan debut bersama dengan PKNP yang turut melakukan debut. Beliau menjaringkan gol dalam debut untuk PKNP dan Liga Super secara peribadi. Beliau juga menjadi penjaring pertama Liga Super untuk PKNP FC dalam sejarah kelab mereka.

Gol yang dicipta dengan lorongan menarik mengatasi garisan pertahanan lawan. Sokpheng tenang memilih untuk melorongkan bola di celah kelangkang penjaga gol Negeri Sembilan.

3. Rafael Ramazotti (PKNS FC)

Jaringan ini lebih kepada kepintaran dan visi oleh Jafri Chew untuk melakukan hantaran segera pada masa dan tempat yang betul.

Ramazotti hanya perlu fokus kepada kawalan bola dengan sentuhan yang baik dan melepaskan percubaan yang baik dari segi kekuatan dan masa rembatan dilakukan.

rrp61 from Ahmad Muzammil on Vimeo.

2. Luciano Figueroa (JDT)

Jaringan menerusi tandukan ini bukanlah perkara yang asing untuk target man terbaik dalam sejarah JDT ini. Namun kali ini beliau melakukan tandukan hasil hantaran Safiq Rahim dari keadaan yang sangat sukar.

Beliau dengan klinikal menewaskan penjaga gol yang berada dalam prestasi terbaik malam itu, Ifwat Akmal. Beliau yang dicabar pertahanan sempat melakukan ‘flick header’ yang terus ke gawang gol.

Gol yang turut melaungkan kepulangan semula bekas pemain Piala Dunia untuk Argentina ini ke kancah bola sepak Malaysia. Usia hanyalah nombor.

9mn8x from Ahmad Muzammil on Vimeo.

1. Yahor Zubovic (Melaka)

Dalam perlawanan Melaka menentang Kelantan, Yahor Zubovic menjaringkan jaringan cantik hasil daripada hantaran diagonal ke dalam daripada ‘middle third’ oleh R.Surendran.

Hantaran itu sangat tepat dan Zubovic menerima bola dalam keadaan sempit dan mendada dengan kemas sebelum melepaskan percubaan tepat dari jarak dekat.

213d3 from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Jadi, itulah 5 gol tercantik pilihan semuanyaBOLA untuk hari perlawanan pertama MSL 2018. Anda bagaimana pula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN