Jaringan Lewat Traore Buatkan Pasukan £100 Juta West Ham Kalah ‘Straight’ 4 Kali

West Ham terus dirundung kekalahan. Kali ini mereka tewas di tangan sebuah lagi pasukan berbelanja besar, Wolves.

Jaringan minit ke-90 oleh pemain termahal kelab Wolves, Adama Traore meletakkan Manuel Pellegrini di dalam tekanan.

Ini adalah kekalahan ke-4 West Ham daripada 4 perlawanan setakat ini. Mereka hanya menjaringkan 2 gol dan bocor 10 kali.

Pasukan West Ham pada awalnya diletakkan sebagai pencabar sekurang-kurangnya untuk ke slot UEL.

Mana tidaknya, selepas mereka berbelanja lebih £100 juta dalam jendela perpindahan yang lalu. Ini termasuk melantik pengurus berprofil tinggi Manuel Pellegrini.

https://twitter.com/TeamFA/status/1035920972753162240?s=19

Perlawanan ini boleh dikatakan seimbang dan sengit kerana kedua-dua pasukan melakukan percubaan percubaan ke arah gol hampir sama banyak.

Kekalahan hari ini meletakkan West Ham terus terperosok di dasar Liga. Mereka adalah satu-satunya pasukan yang masih belum mendapat sebarang mata musim ini.

Mengingatkan kita kepada kita kepada Crystal Palace pada musim lalu tampak berbelanja besar pada pra musim.

Perlawanan seterusnya West Ham akan berhadapan Everton.

Manuel Pellegrini pastinya tertekan untuk cuba mendapatkan keputusan yang positif.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram