Jaringan Lewat Cristiano Ronaldo Hadiahkan Tiga Mata Berharga Buat Real Madrid Atasi Eibar

Real Madrid

Tandukan Cristiano Ronaldo pada lewat permainan berjaya memberikan tiga mata berharga buat Real Madrid untuk menewaskan Eibar 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Municipal de Ipurua.

Aksi di tempat lawan itu bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Real Madrid apabila Eibar yang dibimbing Jose Luis Mendilibar memberikan saingan yang hebat terhadap mereka.

Bintang Real Madrid mencipta beberapa peluang keemasan dan usaha beliau membuahkan hasil pada minit ke-34 selepas menerima umpanan dari Luka Modric.

Ronaldo yang mendada hantaran tersebut terus meluru pantas bagi meninggalkan pemain pertahanan, Ivan Ramis untuk menewaskan Marko Dmitrovic di gawang Eibar bagi membuka tirai jaringan.

Jaringan tersebut memisahkan kedua-dua pasukan sehingga tamat babak pertama.

EIBAR, SPAIN – MARCH 10: Cristiano Ronaldo of Real Madrid scoring his team’s second goal during the La Liga match between SD Eibar and Real Madrid at Ipurua Municipal Stadium on March 10, 2018 in Eibar, Spain . (Photo by Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images)

Memasuki babak kedua, tuan rumah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Ivan Ramis berjaya menanduk masuk bola berpunca dari sepakan sudut oleh Pedro Leon pada minit ke-50.

Aksi menarik ditampilkan selepas gol tersebut apabila gerakan dan percubaan demi percubaan dicipta kedua-dua pasukan untuk masing-masing memburu jaringan pendahuluan.

Cristiano Ronaldo muncul wira buat skuad bimbingan Zinedine Zidane setelah pemain antarabangsa Portugal itu menanduk masuk bola hasil hantaran lintang yang diilhamkan Dani Carvajal pada minit ke-84 untuk jaringan kemenangan buat Real Madrid.

Dengan kemenangan yang dicatatkan, Real Madrid masih kekal ditangga ke-3 La Liga dengan hanya berkelebihan satu mata dihadapan Valencia yang menghuni tempat ke-4 ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN