Jaringan Dari Luar Kotak Penalti Nainggolan Julang Inter Milan

Minggu yang penuh kesukaran untuk Inter Milan. Pasukan mereka berhadapan dengan krisis prestasi serta krisis di bilik persalinan. Mauro icardi merajuk tidak mahu bermain dalam aksi sebelum ini kerana dilucutkan jawatan itu pasukan.

Icardi dilucutkan jawatan kerana ada isu dalam perbincangan kontrak baharu. Inter Milan dilaporkan kurang berpuas hati dengan komitmen yang diberikan pihak Icardi di dalam perbincangan kontrak itu.

Ketika Inter Milan mengumumkan perlucutan jawatan ketua pasukan itu, Brozovic pula menekan butang like di beberapa hantaran yang berkaitan.

Semalam Mauro Icardi hanya duduk di tempat duduk penyokong bersama dengan isterinya.

Dalam aksi menentang Sampdoria di San Siro, si budak nakal – Radja Nainggolan – menjadi wira kemenangan Inter.

Nainggolan sebelum ini pernah bertengkar dengan penyokong Inter Milan gara-gara tidak mahu ditegur ketika beliau sedang berparti lewat malam.

Perlawanan di antara kedua-dua pasukan sangat sengit. Danilo D’Ambrosio membuka tirai jaringan pada minit ke-73. Namun kegembiraan penyokong Inter Milan tidak bertahan lama. Ini kerana 2 minit selepas itu Manolo Gabbiadini terus menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat.

Pada minit ke-78 Radja Nainggolan meletakkan Inter kembali di hadapan menerusi half volley yang dilantunkan di atas padang. San Siro menjadi gegak gempita.

Namun puluhan ribu penyokong Inter kemudiannya terpaksa menunggu pengadil membuat pengesahan menerusi VAR sama ada gol itu sah atau sebaliknya.

Penyokong di San Siro menunggu dengan penuh debar selama hampir seminit. Pengadil meniup wisel mengesahkan gol itu – Lalu penyokong Inter Milan kembali bersorak meraikannya.

Nainggolan dikeluarkan tidak lama selepas itu dan beliau diberikan standing ovation oleh penyokong Inter Milan.

Inter Milan berjaya bertahan untuk memastikan 3 mata menjadi milik mereka. Ianya kemenangan sangat penting dalam usaha Inter mahu mara ke UCL musim hadapan.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan Radja Nainggolan berharap isu yang melibatkan Mauro Icardi akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Sekaligus membolehkan penggempur berbisa itu kembali ke dalam pasukan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram