Inilah Janji Dani Alves Kepada Barcelona Sewaktu Beliau Meninggalkan Kelab Tersebut

Dani Alves merupakan antara pemain yang dikatakan berjaya bersama-sama Barcelona sewaktu beliau di sana.

Beliau memenangi 23 kejuaraan dan 9 diantaranya adalah 3 gelaran Eropah dan 6 daripadanya adalah gelaran La Liga.

Selama 8 tahun berbakti, beliau nyata antara pemain yang disenangi para peminat Barcelona.

Namun jodoh beliau tidak lama daripada tempoh 8 tahun apabila pihak atas Barcelona membuat keputusan untuk melepaskan beliau secara percuma ke Juventus.

Perpindahan itu nyata tidak disenangi Alves, dan sehingga kini beliau tidak senang dengan keputusan bekas kelabnya itu.

“Adakah saya tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari pihak kelab? Sememangnya!”

“Selama 8 tahun bermain di Barcelona, saya peroleh pelbagai kejuaraan dan pastinya rasa sayang terhadap kelab itu sudah ada dalam hati.”

“Pemain, pengurus dan ahli lembaga pengarah datang dan pergi namun sayang saya terhadap Barcelona tetap ada.”

Oleh kerana terlalu kecewa dengan keputusan bekas majikannya itu melepaskan beliau dari kelab, Alves telah berjanji kepada Barcelona satu perkara.

“Sebelum saya pergi, saya beritahu pihak Barcelona yang mereka akan pasti rindukan saya.”

“Mereka tak akan rindukan saya sebagai pemain, ramai pemain hebat di kelab ini. Tetapi mereka akan rindukan pengaruh saya di bilik persalinan, setiap titis darah yang saya kerahkan untuk kelab ini.”

Alves turut mengaku yang beliau hampir menitiskan air mata selepas Juventus menewaskan Barcelona tempoh hari.

“Ketika saya peluk Neymar selepas Juventus kalahkan Barcelona, beliau menangis.”

“Ketika beliau menangis, separuh jiwa saya turut menangis.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN