Jan Vertonghen Berharap Christian Eriksen Dapat Kekal Di Tottenham Hotspur

Pemain pertahanan kelahiran Belgium, Jan Vertonghen begitu mengharapkan agar perancang kreatif, Christian Eriksen dapat terus kekal di Tottenham Hotspur pada musim hadapan.

Eriksen sebelum ini secara terbuka mendedahkan sudah bersedia untuk berhijrah bagi menikmati pengalaman baru dalam karier bola sepak beliau.

Real Madrid menjadi antara kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Denmark itu.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 02: Raheem Sterling of Manchester City (C) is challenged by Christian Eriksen of Tottenham Hotspur (L) and Jan Vertonghen of Tottenham Hotspur (R) during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Manchester City at White Hart Lane on October 2, 2016 in London, England. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Melihat kepada perkembangan tersebut, Vertonghen bagaimanapun masih menyimpan harapan besar untuk melihat Eriksen dan pengurus pasukan, Mauricio Pochettino serta Danny Rose dapat kekal bersama Tottenham.

Vertonghen dan Eriksen sudah lama bersama kerana kedua-dua mereka adalah bekas pemain Ajax Amsterdam sebelum menyertai Tottenham Hotspur.

”Jelas sekali apabila jendela perpindahan dibuka terlalu banyak khabar angin tetapi terdapat khabar angin musim lalu dan semua masih kekal bersama, jadi saya mengharapkannya.”

AMSTERDAM, NETHERLANDS – MAY 02: (L-R) Daley Blind, Christian Eriksen, Andre Ooijer and Captain, Jan Vertonghen of Ajax hold the trophy and celebrate after winning the Eredivisie League title at Amsterdam Arena on May 2, 2012 in Amsterdam, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

”Christian (Eriksen) merupakan seorang pemain yang hebat. Saya mengenalinya sejak dia berusia 16 tahun, beraksi bersamanya sejak dia berusia 16 atau 17 tahun (Ajax) dan saya berharap dia bersama Tottenham pada musim hadapan.”

”Dia pemain yang luar biasa,” ujar Vertonghen bercakap pada sidang media menjelang perlawanan kelayakan Kejuaraan Eropah 2020 bertemu Scotland.

Eriksen menyertai Spurs pada 30 Ogos 2013 dengan nilai £11.5 juta manakala Vertonghen menjadi pembelian kedua Andre Villas-Boas selepas Gylfi Sigurdsson pada 12 Julai 2012.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN