James Rodriguez Bakal Diketepikan Selepas Cedera Dibentes van Dijk

James Rodriguez

Kem Everton mendapat pengkhabaran kurang baik menjelang perlawanan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Southampton yang bakal berlangsung Ahad ini apabila James Rodriguez hampir pasti terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Menurut sumber dikeluarkan laman sesawang rasmi kelab tersebut, James Rodriguez dilaporkan mengalami kecederaan ketika beliau dibentes pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk pada pertembungan Derbi Merseyside tempoh hari.

Selain James, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu turut kehilangan khidmat bek kanan yang merupakan ketua pasukan, Seamus Coleman susulan kecederaan Hamstring dialaminya pada aksi di Goodison Park itu sehingga memaksanya dikeluarkan pada minit ke-31 dan digantikan dengan rekrut baharu, Ben Godfrey.

Perkembangan terkini itu sudah pastinya menganggu rentak Everton yang ketika ini sedang memimpin kedudukan EPL dengan 13 mata hasil empat kemenangan dan satu keputusan seri dicatatkan. Aston Villa yang kekurangan satu perlawanan [12 mata] sedang mengintai peluang untuk merampas kedudukan tersebut.

”Sayangnya, James mengalami masalah [kecederaan] ketika perlawanan [menentang Liverpool],” ujar Ancelotti bercakap kepada evertontv.

”Dia menerima bentesan lewat dilakukan van Dijk pada awal permainan dan dia tidak akan bersama pasukan untuk perlawanan menentang Southampton.”

Dalam perkembangan yang sama, ketiadaan Richarlison yang dilayangkan kad merah berkemungkinan bakal diisi oleh pemain skuad kebangsaan Nigeria, Alex Iwobi.

”Kami perlu untuk memasukkan pemain lain yang mempunyai keinginan untuk beraksi. Kami telah berusaha pada minggu ini dan saya memikirkan kami akan memilih barisan yang baik untuk perlawanan menentang Southampton.”

”Alex [Iwobi] merupakan pemain yang bekerja keras. Dia pemain yang pantas dengan kualitinya, dia bole membantu pasukan untuk menjadi lebih baik dalam situasi tertentu.”

”Dia berpotensi untuk mempunyai peluang untuk beraksi tetapi kami turut mempunyai Bernard dan Anthony Gordon. Kami mempunyai banyak peluang untuk menggantikan Richarlison dan James,” tambah Ancelotti lagi.

Kredit featured image: Peter Byrne – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai James Rodriguez:

James Rodriguez: Everton Bersungguh-Sungguh Untuk Raih Kejayaan

Carlo Ancelotti: Ini Kualiti James Rodriguez Yang Saya Pernah Lihat

Carlo Ancelotti Beri Sebab Kenapa James Rodriguez Cepat Sesuaikan Diri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN