Setelah Ditinggalkan Ancelotti, James Rodriguez Ibarat Anak Yatim Di Everton

James Rodriguez

Terasa sungguh sunyi bila kau tiada di sisi.

Begitulah yang dirasakan oleh pemain Everton iaitu James Rodriguez yang kini ditinggalkan oleh pengurus Carlo Ancelotti yang kini menyertai Real Madrid.

James yang merupakan anak emas bagi Ancelotti kini berasa seperti seorang anak yatim di Goodison Park selepas ditinggalkan oleh pengurus tersebut.

Lalu, tidak terkejut jika pemain itu kini dalam usaha untuk meninggalkan kelab tersebut dan menyertai pasukan lain.

Menurut laporan di England, James kini terbuka untuk meninggalkan Everton dengan AC Milan dijangka menjadi destinasi seterusnya buat beliau.

Milan dikhabarkan sedang mencari pengganti bagi Hakan Calhanoglu yang menyertai Inter Milan baru-baru ini dengan James dilihat sebagai potensi pengganti.

Dikhabarkan perhubungan baik Milan dengan ejen James iaitu Jorge Mendes dilihat dapat membantu perpindahan ini terjadi walaupun kelab itu belum lagi melakukan tawaran rasmi.

Sebelum ini, terdapat juga laporan yang mendapati James dikhabarkan bakal bersatu semula dengan Ancelotti di Real bersama-sama dengan seorang lagi “bin Ancelotti” iaitu Dominic Calvert-Lewin.

Namun begitu, perkembangan baharu mengenai situasi tersebut masih lagi belum berlaku terutamanya melibatkan Calvert-Lewin yang masih bersama-sama skuad England di Euro 2020.

James mencatatkan enam gol dan sembilan bantuan gol untuk Everton musim ini.

Dah selesai baca artikel? Jom baca yang ini pula!

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Ancelotti Mahu Kumpul Anak-Anak Emas Everton Beliau Di Real Madrid

Hakan Calhanoglu ‘Rentas Daerah’, Sertai Inter Dari AC Milan

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply