Jamal Nasir: Perisai Kanan Legenda Pahang Dan Generasi Emas Harimau Malaya

Dilahirkan di Kemaman pada 12 September 1954 dan Pemilik nama Jamal Nasir Abdul Ismail ini merupakan anak sulung daripada 10 orang adik beradik.

Berbeza daripada adik beradiknya yang lain, Jamal Nasir Abdul Ismail atau lebih dikenali sebagai Dato Jamal Nasir ini bergiat dalam sukan bola sepak secara serius.

Sementara yang lain hanya menjadikan bola sepak sebagai aktiviti riadah sahaja. Memulakan pelajaran di Kota Bharu, Kelantan sebelum berpindah ke SABS, Pahang.

Pada 1980, beliau berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Datin Puziah binti Osman dan mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata.

Memulakan karier bolasepaknya pada usia 15 tahun di mana Dato’ Jamal Nasir mewakili Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) Kelantan B-16.

Pada usia 16 tahun pula, beliau telahpun bermain untuk pasukan senior Pahang. Dato’ Jamal Nasir mula bermain untuk Malaysia B ketika berusia 17 tahun sebelum dinaikkan pangkat ke Malaysia A.

Ianya hanya selepas setahun bermain bersama Malaysia B. Dato’ Jamal Nasir menghabiskan karier bola sepaknya hanya bersama pasukan Pahang biarpun mendapat tawaran daripada pasukan-pasukan lain seperti Selangor.

Beliau menyatakan bahawa beliau tetap setia kepada pasukan Tok Gajah kerana terhutang budi dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah kerana telah memberikan kepercayaan dan peluang kepadanya untuk mewakili pasukan Pahang pada usia yang muda.

Dato’ Jamal Nasir membentuk gandingan pertahanan yang utuh dalam skuad kebangsaan bersama-sama dengan Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Kamarudin Abdullah.

Gandingan inilah antara tonggak yang membantu Malaysia mencipta beberapa kejayaan termasuk layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Posisi bek kanan sudah sinonim dengan beliau tetapi Dato’ Jamal Nasir juga mampu untuk beraksi di posisi yang lain seperti pertahanan tengah dan pemain tengah.

Beliau juga mula bermain bola sepak dengan beraksi di posisi tengah. Minat terhadap bola sepak yang begitu mendalam menyebabkan beliau tetap terlibat dalam aktiviti bola sepak.

Biarpun selepas bersara di mana Dato’ Jamal Nasir pernah menjadi jurulatih pasukan Pahang selama dua tahun.

Dato’ Jamal Nasir mempunyai ‘A-license’ dalam bidang kejurulatihan yang diperolehinya semasa menyambung pelajaran di Eropah.

Beliau turut pernah menyandang jawatan naib presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang(PBNP) dan Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM).

Selain bola sepak, Dato’ Jamal Nasir juga pernah menceburi bidang politik dimana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuantan serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) bagi kawasan Beserah selama satu penggal.

Selain itu, beliau turut pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perlabuhan Kuantan.

Kejayaan

Selaku antara pemain bola sepak elit negara, Dato’ Jamal Nasir telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bola sepak sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pada peringkat kebangsaan, Dato’ Jamal Nasir telah berjaya membantu pasukan Pahang untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 1983 setelah menewaskan Selangor pada perlawanan akhir.

Frank Lord merupakan jurulatih Pahang pada ketika itu.

Bagi peringkat antarabangsa pula, beliau telah membawa Malaysia untuk memenangi ibu segala pingat dalam Sukan SEA untuk dua edisi berturut-turut iaitu edisi 1977 di Kuala Lumpur dan edisi 1979 di Jakarta.

Disamping itu, Dato’ Jamal Nasir juga memenangi Pesta Bola Merdeka bersama Malaysia untuk edisi 1976 dan 1979.

Kejayaan beliau yang paling signifikan dan diingati adalah menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.

Tetapi skuad negara akhirnya tidak beraksi pun di Sukan Olimpik berikutan daripada tindakan Kerajaan Malaysia yang memboikot Sukan Olimpok Moscow bagi membantah tindakan Soviet Union yang menceroboh Afghanistan.

Pada pusingan kelayakan untuk Sukan Olimpik 1980, gawang gol pasukan negara dilindungi oleh barisan pertahanan yang utuh dianggotai oleh Dato’ Jamal Nasir, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Kamarudin Abdullah.

Santokh Singh Dan Soh Chin Aun

Kuartet pertahanan yang membantu pasukan negara berjaya rekod bersih tanpa kalah dengan hanya dibolosi sebanyak empat gol sahaja.

Bagi peringkat individu, Dato’ Jamal Nasir merupakan pemain yang termuda ketika mewakili pasukan Pahang dan Malaysia B.

Beliau juga pernah diberikan lilitan kapten bagi mengetuai pasukan negara ketika Piala Presiden Park di Korea Selatan pada tahun 1981.

Dato’ Jamal Nasir turut bermain ketika pasukan negara menentang England B dimana perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Dato’ Jamal Nasir mempamerkan aksi yang hebat ketika perlawanan itu. Dato’ Jamal Nasir telah memperoleh lebih daripada 100 kaps ketika bersama pasukan negara sepanjang tahun 1972 sehingga 1984.

Kejayaan yang diraih oleh Dato’ Jamal Nasir bukanlah kejayaan picisan sahaja malahan kejayaan yang berprestasi tinggi.

Maka sewajarnya dijadikan sumber inspirasi kepada sesiapa yang memasang cita-cita untuk berkecimpung dalam sukan bola sepak.

Kepada Dato’ Jamal Nasir, anda adalah lagenda dan semoga terus sukses dalam apa jua bidang.

Nota Editor: Artikel ini hasil penulisan pembaca kami Fakhri Idlan. Jika anda mahu artikel anda dibacaan jutaan peminat bola sepak Malaysia, e-melkan ke [email protected]. Artikel dalam microsoft words (300-800 patah perkataan).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN