Jako Bakal Bawa Penyokong Bertuah Perak FA Terbang Ke Jerman

Perak

11 Januari bukan sahaja menjadi detik yang ditunggu-tunggu setiap peminat bola sepak Perak bagi mengetahui senarai lengkap barisan pemain skuad Liga Super dan Liga Premier, tetapi mereka turut mempunyai sebab lain untuk berdebar menantikan hari tersebut.

PAFA Perkenalkan Barisan Pemain Musim 2020 Sabtu Ini

Ini kerana pembeli jersi rasmi pasukan Perak bagi musim 2020  tanpa mengira ‘home’ atau ‘away’ keluaran Jako berpeluang untuk dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah yang akan diumumkan  pada penghujung program ‘Meet & Greet Fans’ di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh nanti.

Hadiah yang cukup menarik ditawarkan pihak Jako apabila pemenang bertuah akan memenangi dua tiket penerbangan ke Jerman bagi menyaksikan perlawanan Bundesliga melibatkan Bayer 04 Leverkusen.

Selain itu, pemenang juga akan menikmati pengalaman ‘Stadium Tour’ dan ‘Jako HQ Tour’.

Jersi Perak akan mula dijual bermula jam 3.30 petang di Stadium Perak, Ipoh bersempena perlawanan akhir Piala Presiden Perak FA antara Kerian FA menentang Ipoh FA.

Bagi yang tidak berkesempatan ke Stadium Perak, usah risau! Penjualan akan diteruskan pula di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh pada program Meet & Greet Fans.

Diskaun sebanyak 10% [harga asal RM109] diberikan pada penyokong yang mendapatkan jersi tersebut sepanjang Sabtu ini sekaligus berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ditawarkan pihak penaja itu.

Kredit foto: Perak TBG

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN