Jaguh PES Malaysia Naib Juara WIC 2019 Selepas Tewas Kepada Juara Dunia

Jika anda meminati permainan video bola sepak yang dinamakan sebagai Pro Evolution Soccer (PES), ini mungkin berita yang akan membangkitkan semangat anda untuk menyimpan impian beraksi di peringkat tertinggi dalam pertandingan e-sukan.

Beberapa hari lepas, PES Malaysia dijemput untuk menyertai kejohanan World Intelligent Congress (WIC) 2019 di China yang baru berakhir semalam. Selain Malaysia, 9 lagi negara turut menyertai kejohanan tersebut iaitu Brazil, China, Indonesia, Myanmar, Serbia, Sepanyol, Singapura, Thailand dan United Kingdom.

Pertandingan  itu menggunakan format berpasukan iaitu perlawanan pertama 1v1, kedua 2v2 dan ketiga 1v1.

FOTO: PES Malaysia

10 negara tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada 5 pasukan. Hanya 4 pasukan teratas dalam kumpulan layak ke perinngkat suku akhir.

Malaysia diundi dalam kumpulan A yang terdiri daripada pasukan Serbia, Brazil, Indonesia dan Thailand. Walaupun hanya menduduki tempat ke-4 dalam kumpulan maut ini, ia bukan penghalang utama untuk mereka bangkit mempamerkan prestasi cemerlang di pusingan kalah mati dan seterusnya layak ke perlawanan akhir.

Malaysia juga merupakan satu-satunya negara Asia yang layak ke separuh akhir bersama Brazil, Sepanyol dan Serbia.

FOTO: PES Malaysia

Di peringkat akhir, Brazil dinobatkan sebagai juara selepas mengalahkan pasukan Malaysia dengan kiraan mata 2-1. Walaupun tidak berjaya menjadi johan tetapi ia merupakan pencapaian terbaik yang dikecapi oleh PES Malaysia kerana lawan yang ditemui bukan calang-calang dan pernah menjadi juara dunia dalam permainan PES.

“Ini boleh dikatakan kejayaan yang terbaik pernah kami perolehi. Maafkan kami yang tidak berjaya menjadi Juara. Ternyata, Brazil (Juara Dunia) sukar untuk ditewaskan.

“Semoga kita akan beroleh kejayaan yang lebih baik lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih di atas sokongan anda semua,” kata kenyataan daripada PES Malaysia.

FOTO: PES Malaysia

Malaysia diwakili oleh Nor Hafizan bin Jamil dan Ahmad Muazz bin Amir Rosaedi yang dipilih berdasarkan kedudukan ranking terkini dalam komuniti PES Malaysia. Mereka turut mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Sukan Eletronik Malaysia (eSM).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN