Jaga-Jaga Kemungkinan ‘Letupan’ Kombinasi Kumaahran-Nikolic

Kumaahran nikolic melaka united 2021

Melaka United seakan-akan mendapat nyawa baharu selepas menang 3-0 ke atas UiTM FC pada aksi minggu lalu – kemenangan terbesar mereka musim ini. Terima kasih untuk S. Kumaahran yang makin menjadi-jadi dan penyerang, Stefan Nikolic.

Jika tidak dipotong tiga mata pada awal musim, Melaka United tentunya paling tidak berada dalam kelompok pertengahan liga, di kedudukan ke-7 Liga Super.

Untuk hampir tujuh perlawanan, skuad Hang Tuah mempertaruhkan seorang lagi penyerang, Alex Goncalves yang tiba daripada Liga 1 Indonesia dek kerana Nikolic masih belum cergas untuk diturunkan sehinggalah ketika berdepan Penang FC.

Kecederaan Goncalves memaksanya diganti oleh Nikolic untuk aksi babak kedua dan hasilnya beliau berjaya meledak satu-satunya jaringan Melaka United. Begitupun mereka tewas tipis 1-2 kepada Penang walaupun cuba mengejar di babak kedua.

Empat hari kemudian, beraksi dalam 80 minit, Nikolic sekali lagi meledak gol untuk gol keduanya dalam 124 minit permainan. Harus diingat, ini musim pertamanya di Asia Tenggara dan Malaysia ditambah, beliau baru pulih daripada kecederaannya.

Goncalves pula sudah tampil beraksi selama 586 minit dan meledak tiga gol. Impak yang berbeza sedang dilalui oleh skuad kendalian Zainal Abidin Hassan.

Pemain sayap menyerang, S. Kumaahran yang tidak beraksi sekali ketika bertemu pasukan yang meminjamkannya, Johor Darul Ta’zim (JDT), telah berhasil meledak tiga gol dan membuat empat bantuan gol dalam tujuh penampilannya ketika ini.

Jika dilihat dalam beberapa aksi, mereka munggunakan Kumaahran sebagai fokal serangan di bahagian sayap untuk menyusup masuk ke kubu lawan. Jika sebelum ini, mungkin kombinasinya bersama Goncalves kurang berkesan, tetapi dengan Nikolic, ia kelihatan berbeza. Ujarnya kepada The Star, “Dia [Nikolic] penyerang yang tinggi.”

“Ketinggiannya dalam 1.93 meter, seorang targetman yang sangat cocok buat kami. Jurulatih selalu minta saya hantar bola kepadanya. Setakat ini, dia seperti boleh ‘baca’ hantaran-hantaran lintang saya,” ujarnya lagi sambil mengakui perlu terus kerja keras.

Sementara itu, bagi Zainal Abidin Hassan selepas menang ke atas UiTM FC, “Jentera serangan nampak ada peningkatan hari ini dan saya harap ia boleh ditingkatkan lagi. Hari ini saya lebih berpuas hati, mereka mengambil peluang dengan baik.”

“Niat saya hendak menggandingkan mereka berdua [Nikolic dan Goncalves]. Tetapi, malangnya bila Nikolic pulih daripada kecederaan, sekarang giliran Alex pula.

“Walaubagaimanapun, saya bernasib baik, saya mempunyai Sony Norde yang boleh bermain di banyak posisi, untuk bergandingan dengan Nikolic,” ujarnya lagi.

Melaka United akan berdepan jadual yang sukar secara berturut-turut apabila akan bertemu dengan Selangor FC, Perak FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

KREDIT FEATURED IMAGE: MELAKA UNITED

Baca lagi artikel lain tentang Melaka United:

Zainal Abidin Anggap 2 Gol ‘Mudah’ Rencatkan Segalanya Buat Melaka United

Melaka United: Contoh Budaya Biar Papa Asal Bergaya Dalam Liga Malaysia

Helmi Eliza Antara ‘Korban’ Sri Pahang Berdepan Melaka United?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN