Jadon Sancho Ada ‘Gentleman Agreement’ Tinggalkan Dortmund Musim Panas Ini

Jadon Sancho memiliki perjanjian lisan, atau turut dikenali sebagai ‘gentleman agreement’ untuk meninggalkan Borussia Dortmund pada musim panas ini. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengarah Sukan kelab Bundesliga itu, Michael Zorc.

Bercakap kepada sebuah syarikat penyiar Jerman dalam satu rancangan, Zorc berkata beberapa syarat khas perlu dipenuhi oleh pihak yang berminat untuk membenarkan perpindaha pemain tersebut pada penghujung musim ini.

Namun demikian situasi Erling Haaland adalah berbeza, dan tiada perjanjian sebegitu untuk pemain dari Norway itu.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Haaland dan Sancho akan angkat kaki sekiranya Dortmund gagal melayakkan diri ke pertandingan Champions League pada musim hadapan. Dortmund kini menduduki tangga ke-5 Bundesliga dengan kempen musim ini berbaki tiga perlawanan.

Adakah penjanjian tersebut baru?

Gentleman agreement membabitkan Sancho sebenarnya bukan perkara baharu.

“Kami sudah ada gentleman agreement dengan Jadon [Sancho] sejak tahun lalu lagi, bahawa beliau boleh pergi dengan bersyarat,” kata Zorc.

“Beliau sudah bersama kami sejak beberapa musim lalu. Namun demiian, perjanjian sebegini tidak melubatkan Erling [Haaland].”

Zorc turut mendedahka gentleman agreement tersebut telah diaktifkan oleh Manchester United pada musim lalu, namun perpidahan pemain itu ke Old Trafford tidak menjadi kenyataan selepas beberapa syarat tidak dipenuhi.

Difahamkan antara syarat yang dipinta Dortmund ialah nilai £110 juta yang enggan dipenuhi oleh United.

Prestasi semasa Sancho

Sancho menampilkan peningkatan demi peningkatan sejak tiba di Jerman dari Manchester City pada 2017.

Musim ini walaupun dilanda beberapa siri kecederaan, beliau masih mampu menghasilkan 12 gol dan 18 assists.

Selama empat musim di Bundesliga, Sancho telah menjaringkan 46 gol dari 133 penampilan. Ia adalah rekod yang cukup baik untuk seorang pemain berusia 21 tahun.

Penutup

Manchester United dilaporkan akan terus memantau rapat situasi Sancho di jendela perpindahan musim panas ini. Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer sememangnya adalah peminat kepada Sancho. Namun Manchester United pasti tidak akan membayar sehingga £110 juta untuk pemain itu.

Isu gaji dan bayaran ejen Sancho juga tidak akan rumit seperti mahu mendapatkan Erling Haaland. Adakah akhirnya Sancho akan berhijrah kembali ke England selepas ini?

Baca artikel lain mengenai Jadon Sancho di sini:

Dortmund Menyesal Tak Jual Sancho Kepada Manchester United Awal-Awal

Raphael Guerreiro: Jadon Sancho Boleh Jadi Sehebat Cristiano Ronaldo

Klopp Terkejut Kalau Liverpool Nak Beli Jadon Sancho

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN