Itu Tandanya Guendouzi Harus Potong Rambut Macam Fellaini, Kata Unai Emery

Pengurus Arsenal Unai Emery telah berseloroh ketika ditanya wartawan tentang insiden Matteo Guendouzi yang ditarik rambut oleh Marouane Fellaini dalam pertemuan di antara Arsenal dan Man. United – di Old Trafford – pada Rabu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal dan Man. United terikat 2-2. Arsenal mendahului 2 kali dalam perlawanan panas tersebut. Arsenal melebarkan rekod tanpa kalah kepada 20 perlawanan terakhir mereka dalam semua kompetisi.

Berlaku satu insiden kelakar dan menarik perhatian. Ini apabila rambut panjang Guendouzi telah ditarik oleh Fellaini – namun tiada layangan kad diberikan kepada Fellaini di atas insiden itu. Agak ironi kerana Fellaini baru sahaja memotong rambut ikonik beliau yang mengerbang.

Dalam sidang media Khamis lalu, beliau menyatakan dengan nada gurauan: “Saya tak nampak pun Fellaini melakukan kesalahan besar. Itu bermaksud, penyelesaian terbaik adalah – pada perlawanan seterusnya Guendouzi kena potong rambutnya. Dan masalah itu selesa. Sama macam Fellaini.”

Unai Emery mengakui insiden seperti itu menjadi asam garam dalam berita bola sepak. Beliau berkata: “Ketika saya bermain dahulu pun sama. Hari ini banyak kamera dipasang di dalam stadium, semua perkara yang berlaku sepanjang 90 minit boleh dilihat.”

Wartawan bertanya sama ada beliau pernah meminta Guendouzi memotong rambutnya? Ini kerana ada pengurus akan menasihatkan pemain mereka memotong rambut yang panjang. Unai Emery menyatakan: “Tidak, saya sangat menghormati rambut pemain.”

Matteo Guendouzi beraksi sepanjang 90 minit di Old Trafford. Pemain muda itu beraksi cemerlang. Ia memberikan isyarat yang sangat positif pada karier pemain tersebut. Guendouzi cepat menyerasikan diri dengan taktikal Unai Emery.

Lebih menarik lagi, Guendouzi semakin mendapat tempat di hati penyokong Arsenal selepas menunjukkan jiwa Arsenal beliau ketika derbi London Utara menentang Spurs. Guendouzi turut meraikan kemenangan derbi itu dengan penyokong ketika di luar stadium.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply