Itu Bukan Cara Barca, Ianya Agak Kurang Cantik

Legenda Nou Camp, Andras Iniesta mempersoalkan cara Barcelona melayan pengurus mereka pada ketika ini.

Dilaporkan Barcelona ada mendekati dan berbincang dengan Xavi Hernandez dalam usaha membawa seorang lagi legenda mereka itu menggantikan Ernesto Valverde.

Eric Abidal dan juga CEO Barcelona, Oscar Grau sudah berbincang dengan Xavi akan perkara tersebut.

Iniesta tidak gembira dengan berita yang beliau dengar. Menurut Iniesta, itu bukan cara Barcelona.

Xavi sudah menolak tawaran itu dan menghormati Valverde. Malah Xavi menganggap Valverde sebagai individu yang tepat untuk terus mengemudi Barcelona.

Xavi menegaskan, beliau memang berimpian untuk menjadi pengurus Barcelona suatu hari nanti. Namun buat masa ini, masanya adalah kurang tepat.

Valverde memberikan Barcelona 2 kejuaran La Liga secara berturut-turut.

Lantas Xavi merasakan, pengurus itu perlu untuk diberikan sokongan.

Valverde agak bergelut dalam membimbing Barcelona musim  ini. Tekanan terus memuncak apabila Valverde gagal membawa Barcelona ke final Piala Super Sepanyol.

Iniesta terkejut dengan berita yang beliau dengar di mana, Barcelona tidak memberikan sepenuh kepercayaan kepada jurulatih mereka. Malah kini telah mencari penggantinya.

Iniesta percaya, Valverde tidak seharusnya dilayan sebegitu dan berhak untuk lebih dihormati.

Pemain yang sedang bermain di Vissel Kobe itu memberitahu Onda Cero: “Kelakuan Barcelona agak kurang cantik kali ini.”

“Kamu harus menghormati jurulatih kamu yang ada ketika ini. Cara mereka ketika ini mengendalikan keadaan boleh membuatkan ramai terasa hati.”

Iniesta dilaporkan dalam senarai untuk dibawa pulang ke Barcelona jika pasukan itu melantik Xavi Hernandes. Iniesta akan dijadikan sebahagian daripada pembantu Xavi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram