Isu Perkauman: Satiananthan Belum Pasti Mahu Buat Laporan Polis Di Mana

Kemarahan pengendali Selangor, B. Satiananthan mengenai isu ejekan perkauman di media sosial yang disasarkan kepadanya dan pemain The Red Giants nampaknya masih belum reda selepas masih bercakap mengenai perkara itu dalam sidang media selepas perlawanan CIMB Liga Super di antara Selangor dengan Terengganu pada Rabu.

Justeru itu, Satiananthan yang mengakui sudah terlalu lama bersabar dan menyimpan segala tohmahan dan cacian yang diterima dan beliau menegaskan akan membuat laporan polis sejurus sahaja pulang dari Kuala Terengganu.

Beliau percaya, tindakan itu adalah langkah terbaik untuk memberi pengajaran berguna kepada mereka yang terlibat memberikan komen bersifat melampau supaya pada masa akan datang tidak berulang lagi masalah yang sama.

CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020: Terengganu 3 – 3 Selangor (HD Full Highlights)

HIGHLGHTS CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020: Terengganu 3-3 SelangorSelangor terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang satu mata dari Kuala Terengganu apabila melepaskan gol penyamaan di minit-minit akhir permainan.Gol-gol Selangor telah dijaringkan oleh Ifedayo Olusegun, Khyril Muhymeen dan Brendan Gan.Tonton highlights penuh di sini: https://youtu.be/iBHsyeIjDbo#RedGiants#KitaAdalahSatu#CIMBLIGASUPERMALAYSIA2020

Posted by FA Selangor on Wednesday, 11 March 2020

“Ya saya akan buat ‘report’ di balai polis esok (hari ini) selepas saya sampai dari Terengganu, juga selepas dapat maklumat lain, setakat ini saya belum pasti lagi balai polis mana, tapi saya perlu buat laporan di Shah Alam.

“Saya kena buat (laporan polis) kerana saya dah memang malas nak dengar dan kita ni cakap tapi tak buat apa-apa..biar kita ada tindakan..ini bukannya untuk orang-orang yang ‘famous’ atau politik saja polis perlu ambil tindakan, tetapi semua,” kata jurulatih kelahiran Perak itu seperti yang dilaporkan Berita Harian.

“Saya ada peguam, saya ikut peguam, saya adalah rakyat Malaysia, kita sudah merdeka masuk 63 tahun patut kita sudah tahu.”

Dalam masa yang sama, Satiananthan menafikan beliau menimbulkan isu ejeken perkauman ini hanya semata-mata untuk menutup kelemahan taktikal beliau kerana rata-rata pengkritik kini mempertikaikan corak permainan yang diterapkan dirinya dalam tiga perlawanan pertama Liga Super musim ini.

Malah beliau memberi pujian kepada semua pemain kerana beraksi dengan 100 peratus komitmen dan mahu mereka terus memberi tumpuan kepada pasukan untuk perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Kita sudah ada lima mata dalam tiga perlawanan lagipun kita main dengan pasukan yang kuat..jadi buat apa saya nak panik. Satu mata yang berharga, yang penting kita tidak kalah kerana perlawanan ketiga ini bukan senang.

“Nampaknya kedua-dua pasukan penat bermain kerana selang tiga hari aksi, kita sudah mendahului tiga gol sepatutnya jika kita lebih tajam kita boleh jaring dua gol lagi.”

Mengenai kesilapan pemainnya pada penghujung permainan yang mengakibatkan Terengganu mendapat gol penyamaan, Satiananthan enggan menyalahkan pemainnya, namun beliau menggesa supaya anak buahnya belajar daripada kesilapan dan tetap berpuas hari dengan satu mata yang dibawa pulang ke Shah Alam.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram