Istanbul Basaksehir (Pendahulu Liga Turki) Berterima Kasih Kepada Everton Kerana ‘Curi’ Penyerang Besiktas

Seperti kami, anda juga mungkin tidak mengikuti aksi liga teratas Turki, Süper Lig secara aktif. Sebelum kami menulis artikel mengenai ultras Konyaspor yang menaikkan tifo solidariti untuk Palestin ini, mungkin anda hanya kenal 3 kelab Süper Lig: Fenerbahce, Galatasaray dan Besiktas.

Tetapi tahukah anda ketika ini pendahulu Süper Lig musim 2017/2018 bukanlah dari 3 kelab ini? Sebaliknya ia didahului oleh sebuah kelab paling muda dan paling dibenci di Süper Lig iaitu Istanbul Basaksehir.

Kredit: soccerway.com

Seperti yang anda dapat lihat dalam kedudukan Süper Lig di atas, Istanbul Basaksehir sedang memegang pendahuluan tipis mengatasi 3 gergasi kelab Turki, Galatasaray, Fenerbahce dan Besiktas.

Basaksehir belum pernah menang Süper Lig sepanjang sejarah penubuhan kelab mereka. Cuma pada musim 2016/2017 lepas, mereka hampir-hampir menjuarainya sebelum pasrah dengan kekuatan Besiktas yang menjuarai liga dengan kelebihan 4 mata.

Siapakah pemain Besiktas yang bertanggungjawab menafikan Basaksehir daripada menang Süper Lig? Siapa lagi kalau bukan penyerang paling sensasi Turki ketika ini, Cenk Tosun.

Besiktas’ Turkish forward Cenk Tosun celebrates after scoring a goal during the Turkish Super Lig football match between Besiktas and Galatasaray on December 2, 2017 at Vodafone Park Stadium in Istanbul. / AFP PHOTO / OZAN KOSE (Photo credit should read OZAN KOSE/AFP/Getty Images)

Pada musim lepas, Cenk Tosun membantu Besiktas menjuarai Süper Lig dengan menjaringkan 20 gol daripada 33 perlawanan. Bekas produk akademi Eintracht Frankfurt ini paling terkenal di Turki kerana kebolehan beliau menggunakan kedua-dua kaki dengan selesa dan boleh bermain di mana-mana posisi penyerang.

Cenk Tosun Goals (credit by @umex) from umex on Vimeo.

Jadi apabila media UK melaporkan Everton berjaya mendapatkan Tosun dengan harga £25 juta daripada Besiktas, Baseksehir nyata gembira dengan berita tersebut.

Menulis di Twitter, Istanbul Basaksehir tidak menyembunyikan rasa gembira mereka melihat salah seorang penyerang paling berbahaya dalam pasukan pesaing mereka berhijrah ke England.

“Terima kasih Everton kerana ‘mencuri’ Cenk Tosun daripada pesaing kami. Anda tidak akan menyesali pembelian ini,” tulis akaun rasmi Basaksehir di Twitter.

5 fakta menarik tentang Istanbul Basaksehir

1. Istanbul Basaksehir merupakan kelab Süper Lig paling muda selepas diasaskan pada tahun 1990. Bermula dari liga amatur Turki, mereka akhirnya bersaing dalam Süper Lig pada musim 2007/2008.

2. Kelab ini merupakan salah satu daripada 5 kelab yang berpangkalan di Istanbul: Fenerbahce, Galatasaray, Besiktas dan Kasimpasa.

3. Mengapa Baseksehir merupakan kelab paling dibenci di Turki? Kerana ia diasaskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Turki dan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Istanbul. Oleh itu, mereka menggunakan duit cukai penduduk Istanbul untuk beroperasi. Pembenci kelab ini selalu menggelar Basekshir sebagai ‘orospu çocukları’ (anak haram) atau ‘Tayyip’in piçleri’ (anak haram Tayyip [Erdogan]).

SEVILLE, SPAIN – AUGUST 22: Fans of Istanbul Basaksehir during the UEFA Champions League Qualifying Play-Offs round second leg match between Sevilla FC and Istanbul Basaksehir F.K. at Estadio Ramon Sanchez Pizjuan on August 22, 2017 in Seville, Spain. (Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

4. Disebabkan mereka adalah kelab yang diurus oleh Majlis Perbandaran Istanbul, stadium mereka, Fatih Terim Stadium, yang memakan kos RM191 juta juga ditanggung oleh kutipan cukai penduduk Istanbul. Fatih Terim Stadium mempunyai kapasiti sebanyak 17,300 tempat duduk.

5. Antara pemain terkenal yang bermain untuk kelab ini adalah 2 bekas pemain Arsenal; Emmanuel Adebayor dan Gael Clichy. Kapten kelab ini adalah Emre Belözoğlu (ya, beliau masih bermain).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN